|
Pesanan Pengarah
| Selamat Datang ke Laman INTAN. Dari sebuah pusat latihan kerajaan yang sederhana pada tahun 1959, INTAN telah berkembang kepada satu pusat latihan yang cemerlang bagi melatih pegawai-pegawai sektor awam Malaysia supaya dapat menangani cabaran sebuah negara yang terus maju ke arah mencapai status negara membangun menjelang tahun 2020. INTAN telah mendapat faedah daripada rangkaian kerjasamanya dengan organisasi-organisasi serantau dan antarabangsa. Melalui, Program Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme) yang dilancarkan pada tahun 1980, INTAN dapat berkongsi pengalamannya dengan negara-negara membangun yang lain. Saya berharap melalui Laman INTAN ini akiviti-aktiviti INTAN dapat disebarkan kepada kumpulan sasar yang lebih meluas dan membantu dalam menjalinkan rangkaian profesionalisme dalam negeri dan juga secara global. Adalah menjadi harapan saya laman ini berinformasi dan berguna. Saya berharap dapat bersua dengan tuan/puan di INTAN atau pun dapat berhubung melalui Laman INTAN ini. Dato' Dr. Muhamad bin Hamzah Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia |
|
||||||||||||

