MalayEnglish
 
           

fb flickr podomatic yt rss rssfeed

 

PROSES PENGAMBILAN PTD

 

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.


Peperiksaan

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:


Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

 

PTD Assessment Centre (PAC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

KOMPETENSI

PEMERHATIAN

PENGERTIAN

Kualiti Personal

 

 

 

 

Tatakelakuan

Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya ketimuran

Penampilan

Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana

Keyakinan Diri

Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan(tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal)

Penggerak Kumpulan

Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan

Potensi Kepimpinan

Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik

Pengetahuan

Kematangan idea

Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima

Kemahiran

 

 

Kemahiran berkomunikasi

Berkebolehan  berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesan

Pengucapan awam/Public speaking

Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan

Debat ala parlimen

Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

 

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

 

Temu duga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD

 

Latarbelakang

Lantikan

Carta Proses Pemilihan dan Pelantikan PTD