MalayEnglish
 
           

fb flickr podomatic yt rss rssfeed

 

INTAN Sepintas Lalu

 


Sejarah

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Ia bermula di sebuah bangunan kecil di Port Dickson pada bulan September 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kakitangan. Pusat ini memberikan kursus kepada pegawai-pegawai berkaitan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan, pengurusan pejabat dan pentadbiran kerajaan tempatan.

Hasrat untuk menyediakan latihan lebih formal kepada pegawai-pegawai kerajaan telah menyebabkan wujudnya Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur pada bulan Jun 1972.

Perkembangan pesat latihan oleh INTAN dalam tahun 1980-an juga telah menyaksikan tertubuhnya beberapa kampus cawangan pada tahun 1983. Ini termasuklah Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah; Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor.

Pada tahun 1984, Kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya manakala INTAN di Jalan Elmu kemudian dijadikan Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) pada tahun 1998.

Permintaan terhadap program latihan INTAN yang semakin bertambah kemudian telah mewujudkan penubuhan dua lagi kampus cawangan. Kampus Sarawak di Kuching, Sarawak telah diwujudkan pada tahun 1999 manakala Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001.