MalayEnglish
 
           

fb flickr podomatic yt rss rssfeed

 

KAMPUS IKWAS

ikwas

INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS)


Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) telah menggalas tugas sebagai institusi latihan sektor awam mulai 1983 bagi melahirkan penjawat awam yang berprestasi tinggi.


Melalui tranformasi yang sedang giat memenuhi ruang dalam perkhidmatan awam, INTAN amnya dan IKWAS khasnya telah melalui satu perubahan selaras dengan agenda Kerajaan agar INTAN memberi fokus kepada pembangunan modal insan sektor awam yang berteraskan keusahawanan, bertindak cepat, berintegriti dan peka kepada keperluan rakyat.


Mulai 2012, IKWAS akan dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Kepakaran Pembangunan Pemimpin Komuniti yang berfungsi sebagai Pusat Latihan Staf dalam menumpukan Latihan sebanyak 80% kepada Kumpulan Pelaksana dan 20% kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Sehubungan itu, kursus dalam pelbagai bidang telah dirancang untuk memenuhi keperluan pelanggan dan stakeholders disamping pelaksanaan program-program berbentuk kepimpinan melalui seminar, bicara eksekutif, wacana pemimpin, forum dan persidangan dalam menyokong IKWAS sebagai Pusat Kecemerlangan Kepakaran Pembangunan Pemimpin Komuniti.


Selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dan melahirkan penjawat awam yang yang berteknologi tinggi, adalah diharapkan melalui laman web ini segala maklumat berkaitan dengan program Latihan dan aktiviti yang dijalankan di IKWAS dapat disampaikan dengan lebih cepat dan tepat.


Kami dengan besar hati menyambut kedatangan tuan-tuan dan puan-puan di kampus kami.


Sekian, terima kasih.

director_ikwas


“1SENTIASA DI HADAPAN”

“MEMACU TRANSFORMASI MELALUI PEMBELAJARAN”



AZANI BIN SALLEH

Pengarah Wilayah,



INTAN Wilayah Selatan (IKWAS)
KM 3, Jalan Batu Pahat,
Peti Surat 141,
86007 Kluang,
Johor
Tel : 07 7752 500
Faks (Pentadbiran) : 07 7725 661
Faks (Latihan) : 07 775 2530

E-Mel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Peta Lokasi