MalayEnglish
 
           

fb flickr podomatic yt rss rssfeed

 

KAMPUS INTAN SABAH

kampus_sabah

KAMPUS INTAN SABAH


Setelah lebih sedekad INTAN beroperasi di Sabah, banyak pencapaian dan kejayaan membanggakan yang telah ditempa. Ditinjau kembali hasrat awal pewujudannya , terbukti penubuhan INTAN Sabah bukan sahaja telah berjaya melatih  penjawat awam khususnya di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos yang lebih efektif, malah dapat melatih penjawat awam dalam kuantiti yang lebih ramai disamping terus memastikan kualiti dan impaknya kepada perkhidmatan awam.


Perasmian Kampus INTAN Sabah yang terletak di Jalan Sulaman - Tuaran, pada tanggal 16 September 2010 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merupakan lembaran indah yang menjadi pemangkin utama dalam penerusan kecemerlangan program latihan perkhidmatan awam khususnya di negeri Sabah dan sekitarnya. Dengan siapnya kampus baru ini, ianya pasti akan dapat memperkasakan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh INTAN khususnya dalam menyediakan prasarana latihan yang lebih lengkap dan kondusif.


Dengan hasrat untuk memastikan berlakunya lonjakan transformasi dalam pentadbiran kerajaan dan negara, INTAN Sabah beriltizam untuk terus memainkan peranan yang lebih signifikan dalam mendokong aspirasi tersebut. Ke arah itu, INTAN telah menyusun dan menjajar semula serta memberi fokus ( realign and refocus ) program latihannya, melalui pendekatan yang lebih sesuai dengan keperluan terkini penjawat awam, disamping memastikan ianya selari dengan kehendak-kehendak pemegang taruh (stakeholders). Dalam proses ini, konsep INTAN Baru (New INTAN) telah diperkenalkan dalam memperkemaskan strategi pelaksanaan bagi merealisasikan agenda pembaharuan seperti yang terkandung di dalam Pelan Strategik INTAN 2011-2015.


Di peringkat INTAN Sabah, kampus ini akan lebih berperanan sebagai “staff college” yang menumpukan kepada peningkatan kompetensi penjawat awam terutamanya untuk kumpulan pelaksana merangkumi skop yang lebih menyeluruh dalam memperkasakan sikap, pengetahuan dan kemahiran para peserta. Selain itu, untuk mewujudkan kepakaran dan sumber rujukan dalam bidang yang lebih mengkhusus, usaha-usaha pemantapan sedang giat diambil ke arah untuk menjadikan Kampus ini sebagai Pusat Kecemerlangan Dalam Sistem Persekitaran Berkualiti (QES/5S).


Akhirnya, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu oleh semua pihak yang banyak menyumbang kepada kejayaan INTAN Sabah dari awal penubuhannya hingga ke hari ini. Semoga kerjasama dan sokongan terus diberikan kepada INTAN Sabah bagi menempa kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

mohdnawardisaad



“1SENTIASA DI HADAPAN”

“MEMACU TRANSFORMASI MELALUI PEMBELAJARAN”



JAMALUDDIN BIN MOHD ALI
Pengarah Wilayah,



INTAN Sabah,
Jalan Sulaman Tuaran,
Beg Berkunci 2080,
88999 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-483500
Fax : 088-473645 (Pentadbiran), 088-473647/648 (Latihan)
E-Mel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Peta Lokasi