MalayEnglish
 
           

fb flickr podomatic yt rss rssfeed

 

KAMPUS INTAN SARAWAK

kampus sarawakSelaras dengan penekanan kerajaan bagi meningkatkan sistem penyampaian kepada orang ramai, INTAN Sarawak akan berusaha membina kesedaran ini melalui pelaksanaan projek-projek latihan yang bercorak penambahan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian melalui pelaksanaan usaha-usaha peningkatan kualiti dan produktiviti. Ini termasuk penganjuran kursus-kursus seperti Bengkel Pelaksanaan MS ISO, Bengkel Audit Dalaman MS ISO, Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Kursus Perkhidmatan Pelanggan Yang Berbudi Bahasa, Kursus Peningkatan Penyampaian Petugas Barisan Hadapan, Kursus Penanda arasan, dan Bengkel Manual Prosedur Kerja(MPK) dan Fail Meja(FM).


Keutamaan juga akan terus diberi kepada kursus-kursus untuk pembangunan diri dan pembentukan sikap khususnya kepada Kakitangan Pelaksana. Ini termasuk mengadakan kursus-kursus seperti Kursus Pembangunan Diri dan Motivasi, Kursus Kaunseling Dalam Perkhidmatan Awam ,Kursus Pemandu Cemerlang dan Kursus Pengukuhan Pasukan. Manakala dalam usaha untuk memperkukuhkan kualiti pengurusan dan kepimpinan khususnya di kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional, INTAN Sarawak akan menawarkan kursus-kursus seperti Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan, Kursus Pengurusan Strategik, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pengurusan Perubahan serta Kursus Protokol Dan Etiket Sosial.


INTAN Sarawak akan mempergiatkan lagi usaha menerapkan nilai integriti dan akauntabiliti penjawat awam khususnya kepadaka kitangan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan jabatan. Kursus-kursus kewangan yang dicadangkan ialah; Kursus Pengurusan Stor, Kursus Prosedur Perolehan Awam, Kursus Pengurusan AkaunAmanah, Bengkel Kehilangan, Pelupusan & Hapus kira serta Kursus Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Kerajaan . Selain itu, kursus mengenai Pengendalian Hal-hal Perkhidmatan, Bengkel Tatakelakuan dan Tatatertib dan Bengkel Pengendalian Buku Rekod Perkhidmatan akan turut diadakan. Melalui kursus-kursus ini diharapkan akan membantu setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) meningkatkan kompetensi di samping mengurangkan teguran audit di jabatan masing-masing.


Selain itu, lebih 20 kursus aplikasi teknologi maklumat (IT) akan ditawarkan kepada pelbagai peringkat kakitangan dan pegawai. Kursus-kursus asas seperti Kerajaan Elektronik, Pemprosesan Perkataan, Lembaran Kerja dan Persembahan Berkesan akan terus dijalankan. Penekanan yang lebih akan diberikan khususnya kepada pegawai-pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional untuk mengikuti kursus-kursus IT lanjutan seperti Lembaran Kerja, Pemprosesan Perkataan dan Persembahan Berkesan. Melalui kursus-kursus ini, pegawai-pegawai tersebut diharapkan dapat meningkatkan kemahiran masing-masing dan seterusnya berupaya mengaplikasikan kemudahan ICT yang ada di Jabatan masing-masing untuk tujuan membuat analisis, perancangan dan keputusan.


Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik, usaha berterusan akan dibuat bagi meningkatkan keupayaan dalaman INTAN Sarawak. Pada masa yang sama, khidmat jurulatih luar dan profesional akan digunakan dalam projek-projek latihan tertentu bagi memastikan para penjawat awam di negeri ini mendapat pengetahuan terkini dalam setiap bidang latihan yang diikuti. Justeru, sokongan dan kerjasama daripada Ketua-ketua Jabatan dan Agensi adalah diharapkan untuk mengenalpasti dan mencalonkan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan yang tepat dan sesuai bagi mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan.


Akhir kata, saya dan seluruh Warga INTAN Sarawak mengucapkan berbanyak terimakasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini.Semoga kualiti perkhidmatan di Jabatan masing-masing akan diwarnai dengan peningkatan kecekapan serta produktiviti dan memberi lebih erti kepada pelanggan dan stakeholders kita.

 

“1SENTIASA DI HADAPAN”

“MEMACU TRANSFORMASI MELALUI PEMBELAJARAN”

 

HUSSIN BIN MAHMUD

Pengarah Wilayah,

 

INTAN Kampus Sarawak
No. 2, Lot 5452
Jalan Datuk Mohammad Musa
94300 KOTA SAMARAHAN
Sarawak


Tel : 082 - 626024 / 082 - 626025 / 082 - 592000
Fax : 082 - 615060
Emel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Peta Lokasi

 

 

 

pengarah sarawak