MalayEnglish
 
           

fb flickr podomatic yt rss rssfeed

 

KAMPUS INTIM

kampus_intim

KAMPUS INTAN Wilayah Timur (INTIM)


INTAN Kampus Wilayah Timur terus bergerak ke hadapan bagi memacu transformasi kerajaan melalui latihan dan pembelajaran dalam sektor awam.  Sebagai institut latihan awam terunggul di pantai timur, INTIM bertanggungjawab melahirkan penjawat awam berprestasi tinggi bagi menjana kecemerlangan sektor awam dan memenuhi  ekspektasi  ‘stakeholders’ dan pelanggan. Sehubungan itu, INTIM semestinya berupaya mendokong dan bertanggungjawab merealisasi  agenda transformasi kerajaan melalui penawaran kursus-kursus yang ‘bersifat semasa’ dan berimpak tinggi. 

Peranan INTIM sebagai penggerak  dasar-dasar kerajaan akan terus  diperhebatkan melalui penekanan kepada 6 Prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam seperti yang diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa iaitu Keterbukaan, Turun Padang, Musyawarah, Kerjasama Awam-Swasta-NGO,  Kekitaan dan Insaniah

Pembangunan Modal Insan pada era terkini  menuntut INTIM bergerak pantas dan sentiasa bersikap dinamik serta sentiasa bersedia untuk berubah. Seiring agenda transformasi sektor awam, INTIM juga telah merancang program-program dan kursus-kursus yang mempunyai nilai tambah (value added) kepada penjawat awam serta mileage kepada organisasi atau jabatan itu sendiri. Melalui seminar, bicara eksekutif, forum ilmiah dan kursus yang dirancang pada tahun 2014 ini diharap mampu meneruskan legasi INTIM sebagai pusat latihan sektor awam terbaik di pantai timur.

Semoga laman web ini membekalkan maklumat yang komprehensif dan menjadi medium terbaik  untuk penjawat awam mendapatkan maklumat berkaitan program latihan dan aktiviti yang dijalankan di INTIM pada tahun 2014.

pengarah_intim



“1SENTIASA DI HADAPAN”

“MEMACU TRANSFORMASI MELALUI PEMBELAJARAN”


Mohamed  Zahari  bin Razali,

Pengarah Wilayah,

INTAN Wilayah Timur (INTIM)


INTAN Wilayah Timur (INTIM)

Bukit Geliga, Cukai,
Peti Surat 65,
24007 Kemaman,
Terengganu
Tel : 09 – 868 3808
Fax : 09 – 868 3007
E-Mel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Peta Lokasi