MalayEnglish
 
           

fb flickr podomatic yt rss rssfeed

 

Selamat Datang ke Portal INTAN!


pi_foto-4eAspirasi nasional “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan gagasan “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” hanya dapat diterjemahkan oleh penjawat awam yang berpengetahuan, berprestasi tinggi, dinamik dan berjiwa rakyat. Mengamati keperluan tersebut dari lensa pembangunan keupayaan dan kebolehan modal insan sektor awam, maka INTAN telah membuat pentakrifan semula kepada hala tuju latihan dan strategi pembelajaran ke arah memacu perubahan dengan lebih berkesan.


Mendepani realiti baharu, maka Pelan Transformasi INTAN telah dilakar menerusi arkitektur Kerangka Transformasi JPA. Tumpuan diberi kepada enam komponen penting iaitu melonjakkan INTAN sebagai Pusat Kebestarian Ilmu (Knowledge Intelligence Hub); membangun dan melestarikan kepakaran; melaksana program pembelajaran berimpak tinggi; menerap inovasi, etos, integriti dan nilai-nilai murni melalui pembelajaran; memperkukuh rangkaian kerjasama dan membudaya informatisation dalam sektor awam.


Di bawah lembayung transformasi, penganjakan INTAN dari paradigma masa lalu telah dimulakan dengan penawaran bidang-bidang pengajian strategik yang bersifat high-end dan menerusi pendekatan high learning untuk memperkasa kebolehan dan prestasi penjawat awam. Pemantapan latihan menerusi prakarsa digital turut dilakukan dalam bentuk blended-learning. Manakala pengkayaan proses pembelajaran menerusi virtual learning telah dilaksana bagi memenuhi keperluan pembelajaran berterusan penjawat awam. Pengukuhan peranan INTAN juga ditumpukan kepada penghasilan penyelidikan, penerbitan dan khidmat nasihat berimpak tinggi. Dengan itu, program-program INTAN dapat memberi pulangan yang bernilai tinggi (Return on Investment) kepada kumpulan sasaran dan agensi pelanggan.


Kemandirian INTAN turut disemarak menerusi rangkaian kerjasama pintar dengan agensi-agensi tersohor seperti Harvard Business School, Saïd Business School, Singapore Civil Service College, Commonwealth Secretariat, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Central Officials Training Institute (COTI). INTAN juga bertindak sebagai agen perubahan sosial melalui program-program strategic engagement dan co-creation bersama institusi pengajian tinggi, sektor swasta dan GLC, NGO dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan, ke arah meningkatkan kesejahteraan kehidupan masyarakat. Dengan itu, agenda transformasi ini pada destinasi akhirnya akan memartabatkan kebitaraan INTAN sebagai Pusat Kebestarian Ilmu untuk sektor awam di negara ini dan di rantau Asia Tenggara.


Selamat melayari Portal INTAN. Kami gembira dapat membawa anda bersama-sama menelusuri perjalanan dan menjejaki peranan institusi ini, khususnya dalam mendepani era transformasi.


“1SENTIASA DI HADAPAN”

“MEMACU TRANSFORMASI MELALUI PEMBELAJARAN”


YBHG. DATO’ DR. MAZLAN YUSOFF

Pengarah

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Jabatan Perkhdimatan Awam

Malaysia