AGENDA NASIONAL

Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenalkan pada 25 September 2010, merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. ETP adalah sebuah usaha menyeluruh yang akan membantu memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan.


ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu bidang pertanian, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, elektrikal dan elektronik, perkhidmatan kewangan, kesihatan, Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang, minyak, gas dan tenaga, minyak sawit, komunikasi dan infrastruktur, pelancongan, peniagaan borong dan runcit. ETP akan ditunjangi oleh lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) iaitu: (1) Menyuburkan kembali sektor swasta untuk mendorong pertumbuhan (2) Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantunggan kepada pekerja asing (3) Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing (4) Mengukuhkan sektor awam (5) Tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran (6) Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan (7) Meningkatkan sumber pertumbuhan (8) Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari : http://etp.pemandu.gov.my/