1. Bolehkah seseorang pegawai yang tidak menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) memohon Persediaan Ijazah Sarjana / PhD?

Tidak, Kursus Persediaan Ijazah Sarjana / PhD hanya boleh diikuti oleh bakal penerima Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) di bawah JPA.

2. Apakah Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN?

Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN merupakan kursus pra-perkhidmatan yang dibangunkan secara komprehensif selama 10 bulan bagi tujuan pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Program DPA INTAN telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkuat kuasa pada 30 Disember 2015.

3. Apakah kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)?

Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) merupakan kursus mandatori atau kursus WAJIB bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).  Ianya dijalankan di bawah Pusat Kecemerlangan Kepimpinan, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh diperolehi menerusi portal ALMP pautan di dalam laman web INTAN.

almp

4. Apakah kursus EPSA?

Kursus EPSA (e-Pembelajaran Sektor Awam) adalah latihan secara atas talian bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja. Penjawat awam yang menjalani kursus EPSA layak untuk mendapatkan sijil hari berkursus mengikut syarat yang telah ditetapkan.  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk EPSA di talian 03-2084 7777 samb. 7764/7746 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

epsa

5. Apakah Penilaian ISAC?

Penilaian ISAC dijalankan untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan personel sektor awam.

6. Siapakah yang boleh mengambil penilaian ISAC?

i- Individu
Terdiri daripada individu yang menyandang jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17, Setiausaha Pejabat Gred N27 dan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 di mana kelulusan dalam penilaian ISAC merupakan syarat wajib untuk pengesahan dalam perkhidmatan.

ii- Kumpulan
Terdiri daripada kakitangan yang dipilih oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon untuk dijalankan penilaian tersebut secara kumpulan.  Permintaan ini bergantung kepada Kementerian/Jabatan/Agensi tersebut untuk memenuhi kehendak ISP atau polisi masing-masing.

7. Bagaimana hendak memohon menduduki Penilaian ISAC?

Semua permohonan untuk menduduki penilaian ISAC perlu dilakukan secara atas talian (online) sahaja.  Permohonan boleh dibuat menerusi Portal INTAN di http://www.intanbk.intan.my.  Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menelefon pihak urusetia ISAC di talian 03-2084 7804/7766/7755 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

isac