1. Bagaimana untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?

Permohonan untuk mengadakan latihan industri di INTAN boleh dibuat melalui penghantaran surat permohonan menerusi emel/faks kepada Pendaftar INTAN di alamat berikut:

Pendaftar
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur.
Tel:  03-2084 7227
Faks: 03-2096 2205

2. Bagaimana untuk membuat permohonan pekerjaan di INTAN?

Permohonan pekerjaan di mana-mana agensi dalam Perkhidmatan awam perlu dibuat menerusi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh didapati menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia http://www.spa.gov.my/

3. Bagaimana untuk mendapatkan penceramah/tenaga pengajar INTAN?

Surat permohonan untuk mendapatkan penceramah/tenaga pengajar INTAN perlu dikemukakan untuk pertimbangan Timbalan Pengarah Kanan INTAN di alamat berikut:
 
Timbalan Pengarah Kanan INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2084 7667 (Puan Norhidayu, Setiausaha Pejabat TPK INTAN)
Faks: 03-2084 7896
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Surat permohonan akan dipanjangkan kepada Kluster berkaitan dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh penerimaan surat. Sekiranya tajuk kursus/modul kursus tersebut tidak berkaitan atau tiada kepakaran, Pejabat TPK INTAN akan memaklumkan terus kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon.
Perlu diingatkan Surat Permohonan Penceramah INTAN perlu mengandungi:

1. Tarikh Cadangan Kursus/Program
(surat permohonan perlu diterima 1 bulan sebelum tarikh Kursus/Program)

2. Aturcara Kursus/Program
(Menyatakan cadangan keperluan penceramah INTAN mengikut modul)

3. Maklumat Pegawai di Kementerian/Jabatan/Agensi yang boleh INTAN hubungi

Kadar bayaran penceramah INTAN adalah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2-2005 iaitu Bayaran Saguhati Mengikut Gred dan dibayar oleh Kementerian/Agensi/Jabatan yang memohon.
Lain-lain:
1. Semakan jenis/tajuk kursus yang ditawarkan oleh INTAN boleh dirujuk di Laman Portal INTAN di bahagian Penjawat Awam - Kalendar Latihan INTAN 2016 dan Permohonan Kursus Secara Online

2. Semakan Penceramah INTAN mengikut Kepakaran boleh dirujuk di http://www.expert.intan.my/ 

4. Bagaimana untuk membeli buku-buku terbitan INTAN?

Buku-buku terbitan INTAN boleh dibeli di Kampus Utama INTAN Bukit Kiara dari Pusat Penerbitan INTAN dan Kedai Buku KO-OP INTAN. Pembelian boleh dibuat secara tunai dan secara pesanan tempatan (LO) kepada:

Unit Penerbitan
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
Tel: 03 - 2084 7362
Faks: 03 - 2092 1512
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pembelian juga boleh dibuat secara atas talian melalui e-Purchasing di Portal INTAN pada capaian di bawah:

epurchasing