1. Siapakah yang layak berkursus di INTAN?

Kesemua penjawat awam layak berkursus di INTAN.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon kursus di INTAN?

Permohonan boleh dibuat secara online (dalam talian) melalui portal INTAN http://www.intanbk.intan.my melalui langkah-langkah berikut:
  1. Klik pada link Permohonan Kursus di bawah menu Perkhidmatan Online
  2. Klik ikon Permohonan Kursus
  3. Pilih kampus
  4. Pilih kategori / taip nama kursus
  5. Klik pada ‘link’ nama kursus
  6. Klik Mohon Kursus

Atau klik terus pada ikon ini di laman web INTAN

itims

3. Adakah kebenaran daripada Ketua Jabatan/Penyelia diperlukan bagi permohonan secara atas talian?

Ya, satu emel makluman/pengesahan akan dihantar secara automatik kepada Ketua Jabatan/Penyelia apabila permohonan dibuat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat Ketua Jabatan/Penyelia dengan tepat semasa mengisi permohonan secara dalam talian

4. Apakah yang akan berlaku sekiranya Ketua Jabatan/Penyelia tidak meluluskan permohonan kursus?

Emel pemakluman kepada penyelaras kursus akan dihantar secara automatik sekiranya permohonan kursus yang dibuat tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Penyelia. Permohonan kursus akan terbatal dengan sendirinya.

5. Bagaimanakah pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian?

Sila layari http://www.online-itims.intan.my/itims/courses_catalogue/crs_course_list.php

Pemohon boleh menyemak Katalog Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangkamasa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka

6. Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesuatu kursus tersebut masih dibuka untuk permohonan?

Status permohonan kursus sama ada masih dibuka atau telah ditutup ada dinyatakan pada maklumat kursus di dalam Katalog Kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my)

7. Bilakah tempoh permohonan kursus ditutup?

Tempoh permohonan untuk sesuatu kursus akan ditutup sebulan sebelum kursus bermula.

8. Bagaimanakah untuk menyemak status permohonan kursus?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan atau menghubungi terus urusetia kursus yang berkaitan atau melalui link http://www.online-itims.intan.my/itims/courses_status/on_status.php.

9. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan?

Maklumat urusetia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my).

10. Bagaimanakah rayuan boleh dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

Rayuan boleh dikemukakan kepada Penyelaras Program yang berkenaan. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad pemilihan bergantung kepada pertimbangan pihak INTAN.

11. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat?

INTAN akan mengemukakan pemakluman kepada Ketua Jabatan/Penyelia sekiranya penjawat awam tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat.