1. Bagaimanakah untuk mendapatkan Kalendar Projek Latihan INTAN? / Bagaimanakah untuk mendapatkan senarai kursus-kursus yang ditawarkan oleh INTAN?

Katalog Kursus boleh diakses pada Portal INTAN di http://www.intanbk.intan.my/ Klik kepada ikon di bawah:

itims

2. Berapakah kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN?

Kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN adalah seperti berikut:

i) Caj yuran bagi sektor awam
Bil

TEMPOH KURSUS

KADAR YURAN (RM)

1.

1 hingga 7 hari

30.00

2.

8 hingga 30 hari

50.00

3.

1 bulan hingga 6 bulan

100.00

4.

Lebih 6 bulan

150.00



ii)
Caj yuran bagi sektor swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan peserta luar negara (di atas jemputan saja)
YURAN PENGAJIAN
(RM)


KADAR BAYARAN HARIAN PER PESERTA (RM)

SEKTOR SWASTA DAN GLC

LUAR NEGARA

Tanpa Penginapan

300.00

1000.00

Dengan Penginapan

420.00

1180.00

3. Bagaimanakah kaedah bayaran yuran kursus dilaksanakan?

Bayaran boleh dilaksanakan menerusi kaedah berikut:
  1. Tunai (pembayaran semasa pendaftaran kursus); dan
  2. Pesanan Kerajaan (LO)

4. Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk semua peserta kursus?

Kemudahan penginapan hanya akan diberikan kepada peserta yang beralamat pejabat luar daripada kawasan mengikut kampus. 
Contoh: Asrama INTAN Bukit Kiara hanya untuk peserta beralamat pejabat di luar Lembah Klang/Putrajaya/Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

5. Bagaimanakah prosedur untuk mendaftar masuk ke asrama INTAN?

Peserta-peserta boleh mula mendaftar masuk sehari sebelum hari berkursus kepada petugas kaunter penginapan bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang.  Sekiranya lewat perlu memaklumkan kepada Urusetia Kursus atau petugas kaunter dengan lebih awal.  Peserta perlu membawa bersama surat tawaran kursus ketika mendaftar masuk ke asrama INTAN.

6. Adakah INTAN menyediakan kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU)?

Kemudahan untuk OKU disediakan seperti parkir OKU,ramp wheel chair dan lif braille. Walau bagaimanapun, peserta OKU dikehendaki memaklumkan urusetia kursus lebih awal supaya kemudahan yang bersesuaian dapat disediakan bagi keselesaan peserta semasa berkursus.

7. Adakah kemudahan di INTAN dibuka kepada orang awam?

Tidak.  Kemudahan di INTAN adalah khusus buat peserta kursus dan penjawat awam sahaja.

8. Adakah INTAN menawarkan khidmat sewaan kemudahan yang disediakan?

Ya. INTAN hanya menawarkan khidmat sewaan kemudahan/fasiliti terhad kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan badan berkanun sahaja. Permohonan sewaan perlu dikemukakan kepada Pengarah INTAN atau melalui laman 1MTC

9. Adakah Perpustakaan INTAN dibuka kepada orang awam?

Perpustakaan INTAN adalah terbuka kepada peserta kursus dan penjawat awam sahaja.

10. Siapakah yang layak menjadi ahli Perpustakaan INTAN?

Keahlian Perpustakaan INTAN hanya terhad kepada warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam dan INTAN sahaja. Walau bagaimanapun, semua penjawat awam boleh menggunakan Perpustakaan INTAN untuk membuat rujukan.

11. Sekiranya saya bukan ahli Perpustakaan INTAN, bolehkah saya meminjam bahan di Perpustakaan INTAN?

Sekiranya anda bukan ahli Perpustakaan INTAN, tetapi Perpustakaan/Pusat Sumber di Kementerian/Jabatan/Agensi anda bertugas telah menjadi ahli Skim Pinjaman Perpustakaan (SPP), maka anda boleh meminjam bahan bacaan di Perpustakaan INTAN dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPP.  Jika anda tiada kemudahan SPP, anda  boleh menghantar surat rasmi memohon untuk membuat pinjaman bahan kepada pihak Perpustakaan INTAN untuk dipertimbangkan.