KAMPUS

Kampus Wilayah Timur (INTIM)

Mengenai Kami

gambar kampus INTIM

Sejak ditubuhkan pada tahun 1983, Kampus INTAN Wilayah Timur (INTIM) yang terletak di pesisir pantai Kemaman, Terengganu terus menjadi tumpuan penjawat awam untuk mengikuti kursus-kursus semasa dan berimpak tinggi yang ditawarkan.

Sebagai institut latihan awam terunggul di pantai timur, INTIM bertanggungjawab melahirkan penjawat awam berprestasi tinggi bagi menjana kecemerlangan sektor awam dan memenuhi ekspektasi ‘stakeholders’ dan pelanggan. Sehubungan itu, peranan INTIM sebagai penggerak dasar-dasar Kerajaan akan terus diperhebatkan melalui penekanan kepada 6 Prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam seperti yang diperkenalkan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa iaitu Keterbukaan, Turun Padang, Musyawarah, Kerjasama Awam-Swasta-NGO, Kekitaan dan Insaniah

Bertanggungjawab terhadap pembangunan modal insan khususnya di pantai timur, INTIM menjalinkan hubungan erat dengan pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan yang sentiasa memberi komitmen penuh terhadap seminar, bicara eksekutif, forum ilmiah dan kursus yang dianjurkan oleh INTIM.

Kepakaran

INTIM merupakan pusat kecemerlangan bagi kepimpinan penyeliaan di mana terdapat 3 kursus khusus diadakan bagi memantapkan dan mengukuhkan ciri-ciri kepimpinan dalam penyeliaan di organisasi sektor awam. Tiga kursus tersebut adalah seperti berikut:

  • Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan (Asas)
  • Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan (Pertengahan)
  • Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan (Lanjutan)

Antara objektif kursus adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan kefahaman peserta mengenai konsep dan cabaran kepimpinan penyeliaan
  • Mendedahkan peserta kepada psikologi, kreativiti dan pengurusan konflik dalam penyeliaan
  • Memastikan peserta bersedia dan menerima perubahan selaras dengan penekanan kepada ICT for Manager dalam organisasi

Kursus Yang Ditawarkan

INTIM menawarkan 30 kursus pada tahun 2015 di mana 17 daripadanya adalah kursus-kursus baru seperti berikut:

  • Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan (Asas)
  • Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan (Pertengahan)
  • Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan (Lanjutan)
  • Kursus Pengurusan Konflik di Tempat Kerja
  • Kursus Penulisan Laporan dan Kertas Kerja Berkualiti
  • Kursus Kaunseling dalam Organisasi Sektor Awam
  • Kursus Keselamatan Pekerja
  • Kursus Tatacara Pengurusan dan Pengacaraan Majlis
  • Kursus Web Mobile Application Development (Basic/Intermediate)
  • K-Worker 2013 (Microsoft Tips & Tricks 2013)
  • Web Application with PHP dan MySql (Basic)
  • Pembangunan Kandungan Multimedia Kreatif
  • Latihan Membina Sikap
  • Kursus Perhubungan Awam dan Komunikasi Berkesan
  • Kursus Pengukuhan Integriti dalam Sektor Awam
  • Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan
  • Bengkel Kejuruteraan PC

Fasiliti


Sukan & Rekreasi

GimnasiumINTIM
Gimnasium dibuka dari jam 5.30 petang hingga 7.00 petang pada hari Ahad dan Selasa.

Tenis
Gelanggang Tenis

LitarCergasINTIM
Trek Senaman

Dewan\Bilik Mesyuarat\Bilik Kuliah

DewanSamudera
Dewan Samudera | Kapasiti: 500 orang
 
DewanIbnuSinaINTIM
Dewan Ibn Sina | Kapasiti: 120 orang
 
AudiSeroja
Auditorium Seroja | Kapasiti: 75 orang 
 
BilikKuliahBilik Kuliah Manir | Kapasiti: 60 orang
Bilik Kuliah Pergau | Kapasiti: 40 orang
Bilik Kuliah Permaisuri | Kapasiti: 40 orang
Bilik Kuliah Kenyir | Kapasiti: 40 orang
Bilik P1.3 | Kapasiti: 60 orang
Bilik Perbincangan | Kapasiti: 15 orang/bilik | Bilangan: 10 bilik
 
BilikMesyuaratPerdana
Bilik Mesyuarat Perdana | Kapasiti: 70 orang

BilikMesyuaratMahligaiINTIM
Bilik Mesyuarat Mahligai | Kapasiti 30 orang

BilikMesyuaratIbnKhaldunINTIM
Bilik Mesyuarat Ibn Khaldun | Kapasiti: 30 orang

MakmalKomp
Makmal Komputer A | Kapasiti: 70 orang

Makmal Komputer B
Makmal Komputer B | Kapasiti: 30 orang

Pusat Sumber

Pusat Sumber INTIM 1Pusat Sumber dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Surau

Surau INTIM
Surau Al Hidayah  | Kapasiti: 120 orang

Kafeteria/ Kedai KESKI

Tiada kafeteria di INTIM.

KeskiKedai KESKI dibuka pada waktu berikut:
7.45 hingga 8.15 pagi | 1.00 t/hari hingga 2.00 petang
 4.30 hingga 5.15 petang | 8.00 hingga 10.00 malam

 

Penginapan

Penginapan Twin Sharing Blok Warisan INTIMBilik Twin Sharing Blok Warisan
Single: 30 bilik | Twin Sharing: 110 bilik | Bilik Tamu: 7 bilik

BilikTwinSharing
Bilik Twin Sharing Blok Eksekutif
Single: 5 bilik | Twin Sharing: 62 bilik

Penginapan VVIP INTIMBilik VIP/VVIP Blok Eksekutif
 VIP:  17 bilik | 
VVIP: 1 bilik

DewanBankuetINTIMDewan Bankuet | Kapasiti: 120 orang
Dewan Bahtera  | Kapasiti: 180 orang

Hubungi Kami

Pengarah Wilayah 

INTAN Wilayah Timur (INTIM)
Bukit Geliga, Cukai,
Peti Surat 65,
24007 Kemaman,
Terengganu
Tel : 09 – 868 3808
Fax : 09 – 868 3007


Klik pada koordinat (4.194194,103.440440)

map lokasi INTIM