KURSUS SIGNATURE

Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB)

3pab1

 

Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) adalah kursus baharu yang diperkenalkan oleh INTAN bermula pada tahun 2014. 3PAB dilaksanakan oleh INTAN dengan kerjasama lima rakan strategik iaitu Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Kerja Raya (JKR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Bahagian Perkhidmatan JPA. 3PAB adalah kursus komprehensif selama empat minggu khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam meliputi keseluruhan kitaran pengurusan projek.Sebagai latihan yang bersepadu, 3PAB telah digubal dengan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan teknik penilaian yang menyeluruh bagi memastikan peserta dinilai dengan tepat sebelum dianugerahkan pensijilan.


Modul

Kursus ini terdiri daripada 26 modul yang terdiri daripada modul-modul yang terdapat dalam enam fasa kitaran pengurusan projek awam serta enam modul am.


Fasa 1: Kenalpasti dan sedia projek berasaskan output program

    1. Konsep Perancangan Pembangunan & Penyediaan Pelan Induk di Malaysia
    2. Pembiayaan Projek Awam
    3. Pemilihan Tapak Projek & Pengurusan Tanah
    4. Pengenalpastian Projek menggunakan Logical Framework Approach (LFA)

Fasa 2: Kajian kemungkinan.

    1. Kajian Kemungkinan: Analisis Teknikal & Rekabentuk
    2. Kajian Kemungkinan: Analisis Ekonomi & Pasaran
    3. Kajian Kemungkinan: Analisis Alam Sekitar
    4. Kajian Kemungkinan: Analisis Kewangan

Fasa 3: Penilaian, pemilihan dan kelulusan.

    1. Projek Brif
    2. Pengurusan Risiko Projek
    3. Pengurusan Nilai Projek

Fasa 4: Pengaktifan projek.

    1. Pengurusan Dokumen Tender
    2. Pengurusan Kontrak
    3. Penjadualan Projek

Fasa 5: Pelaksanaan dan pemantauan.

    1. Aplikasi Sistem/Perisian: Microsoft Project
    2. Kawal Selia Projek
    3. Pemantauan Projek
    4. Fungsi & Peranan CIDB

Fasa 6: Penilaian dan maklum balas.

    1. Penyiapan & Penyerahan Projek
    2. Penilaian Projek Berasaskan Outcome


Modul Am:

    1. Pengenalan kepada Pengurusan Projek
    2. Governan dalam Projek
    3. Etika Kerja & Nilai
    4. Integriti dalam Pengurusan Projek
    5. Pengurusan Projek dari Perspektif Audit
    6. Aplikasi Sistem dalam Pengurusan Projek: e-perunding, e-perolehan, e-permohonan & SPP II