PROGRAM BITARA

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA)

mappa5

 

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) mula diperkenalkan sejak tahun 2000 sebagai salah satu platform untuk seluruh penjawat awam menghayati aspirasi dan hasrat pucuk kepimpinan tertinggi negara melalui amanat yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri. Majlis ini amat signifikan dalam usaha memartabatkan perkhidmatan awam dan memacu Malaysia kearah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

 

Majlis MAPPA ke-14 telah berlangsung pada 17 Jun 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  MAPPA kali ini menyaksikan seramai 5000 orang penjawat awam dari pelbagai skim hadir untuk mendengar amanat dari YAB Perdana Menteri.

 

Di dalam MAPPA tersebut, YAB Perdana Menteri telah menyentuh beberapa perkara seperti penambahbaikan penyampaian melalui inovasi, produktiviti perkhidmatan awam serta kebajikan kakitangan awam. Majlis kali ini turut diserikan lagi dengan pelancaran buku “Melakar Wajah Baharu Perkhidmatan Awam: 8 Prinsip Pemangkin kecemerlangan . yang dihasilkan dengan kerjasama pihak JPA dan INTAN.

 

 

Teks Ucapan YAB Perdana Menteri - MAPPA XIV

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi:

Puan Noramiza binti Ahmad
Sekretariat Pengurusan Majlis
Sub Kluster Komunikasi dan Perundingan
INTAN Bukit Kiara.
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.