Cetak

Angkatan Tentera Malaysia

INTAN telah bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysiadalam memberikan latihan di bawah komponen pengukuhan diri kepada peserta Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN. Objektif pengisian Modul Orientasi Pertahanan Negara (TENTERA) adalah untuk membentuk pegawai PTD muda yang berpengetahuan serta memiliki aspek kemahiran yang tinggi dan bersedia menghadapi keadaan getir dan darurat.


Modul ini juga bertujuan untuk meniup semangat jati diri dan cinta akan Negara disamping memberikan sedikit pendedahan tentang pertahanan Negara. Modul ini dapat melahirkan bakal PTD yang berdaya tahan dan dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.