Cetak

CISCO

 CISCO

 

Bagi meningkatkan penjawat awam dengan ilmu dan kepakaran dalam bidang rangkaian ICT, INTAN bekolaboratif dengan syarikat CISCO, sebuah syarikat utama teknologi rangkaian ICT. Menerusi kolaboratif ini, INTAN-Cisco Networking Academy telah berjaya diwujudkan dan mula beroperasi pada tahun 2009.


INTAN-Cisco Networking Academy yang letaknya di aras 3 bangunan i-IMATEC, adalah sebuah makmal rangkaian ICT yang dilengkapi dengan peralatan rangkaian terkini telah membolehkan INTAN menjalankan kursus-kursus peringkat pensijilan yang mendapat pengiktirafan CISCO. Antara kursus yang dijalankan di INTAN-Cisco Networking Academy adalah seperti berikut:

    1. Cisco Certified Network Associate (CCNA) Routing & Switching: Introduction to Network
    2. Cisco Certified Network Associate (CCNA) Routing & Switching: Routing & Switching Essentials
    3. Cisco Certified Network Associate (CCNA) Routing & Switching: Scaling Network
    4. Cisco Certified Network Associate (CCNA) Routing & Switching: Connecting Networks
    5. IT Essentials

Menerusi program ini, INTAN mensasarkan lebih ramai penjawat awam sentiasa kompeten dan relevan seiring dengan perkembangan teknologi dan hasrat Kerajaan ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.