KURSUS SIGNATURE

Corporate Directors Leadership and Integrity Course (CDLI)

CDLImain min

 

Kursus Corporate Directors Leadership and Integrity (CDLI) merupakan kursus yang direka khusus untuk pegawai-pegawai awam yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun.

Matlamat Utama

  • Meningkatkan kefahaman pegawai-pegawai awam mengenai peranan mereka sebagai ahli lembaga pengarah yang mewakili kerajaan demi memastikan kepentingan kerajaan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan terjaga.
  • Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai sistem dan perjalanan tadbir urus syarikat serta elemen-elemen penting penyata kewangan syarikat.
  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan dasar dan peraturan semasa kerajaan dan kaitannya dengan peranan syarikat-syarikat milik kerajaan.

Kandungan Kursus

  • Asas Tadbir Urus Korporat
  • Individu utama dalam syarikat - Peranan , Fungsi dan Tanggungjawab
  • Kesalahan lazim yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah di bawah Akta Syarikat 2016
  • Kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah
  • Jawatankuasa Audit & Pengurusan Risiko
  • Pemantauan dan Strategi Risiko
  • Ekspektasi Peranan Wakil Kerajaan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Mekanisme Kawalan
  • Pemahaman Penyata Kewangan Syarikat
  • Analisa Penyata Kewangan Syarikat
  • Isu Audit ke atas Tadbir Urus korporat: Syarikat Berkaitan Kerajaan Persekutuan dan Negeri
  • Integriti dan Governan sebagai Ahli Lembaga Pengarah
  • Sistem Integriti korporat Malaysia
  • Kawalan Dalaman sebagai Alat Pencegahan Rasuah

Perjalanan Kursus

Kursus ini dilaksanakan secara modular seperti berikut:

  • Modul Corporate Governance (CG) – 2 Hari
  • Modul Audit and Monitoring (AM) – 1 hari
  • Modul Internal Control (IC) – 1 hari

Peserta perlu melengkapkan ketiga-tiga modul kursus.

Kaedah Pembelajaran

Kursus ini melibatkan aktiviti seperti berikut;

  • Ceramah
  • Sesi Interaksi
  • Perbincangan Kes
  • Perkongsian Isu dan Pengalaman

Penilaian Peserta

Sesi ujian akan diadakan pada akhir sesi setiap modul bagi menilai tahap pemahaman peserta kursus. Peserta yang lulus ujian bagi ketiga-tiga modul kursus akan dianugerahkan Sijil CDLI.

 

Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus ini, sila hubungi:

Encik Farrell Rasu
Kluster Pengajian Ekonomi dan Kewangan Awam
INTAN Bukit Kiara
Tel: 03 2084 7651
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Encik Azmi Helmi bin Omar
Kluster Pengajian Ekonomi dan Kewangan Awam
INTAN Bukit Kiara
Tel: 03 2084 7664
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.