AGENDA NASIONAL

CTI-PCI

Dengan menghayati konsep CTI-PCI ini, warga penjawat awam dapat menyampaikan perkhidmatan yang berprestasi tinggi dan melangkaui ekspektasi rakyat.Idea CTI-PCI yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri didorong oleh keazaman untuk memastikan kelangsungan agenda transformasi negara serta pencapaian yang lebih memberangsangkan. Akronim CTI adalah merujuk kepada Cepat, Tepat, dan Integriti manakala PCI pula adalah Productivity, Creativity dan Innovation.


Budaya kesegeraan dan ketetapan yang berasaskan keutuhan integriti adalah pra-syarat penting dalam usaha meletakkan penanda aras baharu kecemerlangan penyampaian. Kreativiti dan inovasi berupaya melebarkan horizon pemikiran ke arah mencabar status quo, menolak pemikiran yang konvensional dan merealitikan kemustahilan. Justeru, produktiviti yang dipacu oleh prinsip kreativiti dan inovasi mampu memberi nilai tambah yang tinggi dalam perkhidmatan yang diberikan.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari http://www.mampu.gov.my