PROGRAM BITARA

Demystifying Technology for Executives

Perkembangan teknologi yang sangat pesat terutamanya dalam bidang maklumat dan komunikasi memberi potensi yang luar biasa kepada banyak organisasi dalam pelbagai bidang. Teknologi merupakan agen perubahan yang memberi impak besar dalam dunia moden masa kini. Dalam hal ini, agensi-agensi Kerajaan sentiasa berusaha memantapkan lagi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

 

Demystifying Technology for Executives merupakan suatu program untuk memberi kesedarandan kefahaman terhadap inisiatif-inisiatif baharu ICT Sektor Awam seperti pelaksanaan inisiatif S.M.A.R.T Government yang konsepnya berkisar tentang penggunaan Social Media, Mobile, Advanced Analytics and Big Data, Radical Openness dan Trust. Ini sejajar dengan usaha ke arah Kerajaan Digital yang mapan dan menyokong tonggak Kerajaan seperti kepimpinan, dasar dan penggubalan undang-undang, inovasi kewangan, keupayaan institusi, teknologi dan infrastruktur, penglibatan orang awam, pembangunan kapasiti dan pembangunan aplikasi serta perekaciptanya.

 

Objektif Program :

  1. Memberi kefahaman mengenai inisiatif baharu Kerajaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
  2. Memberi penerangan tentang konsep dan status pelaksanaan inisiatif berkaitan digital Kerajaan.

 

Skop Program :

  1. Seminar / Forum / Dialog
  2. Pameran Perkhidmatan Digital dan Produk ICT
  3. Demonstrasi Teknologi berkaitan S.M.A.R.T