PROGRAM BITARA

DigitaI Nexus Showcase & Summit

DNSSOpeningCeremony2013

 

Digital Nexus Showcase & Summit (DNSS) merupakan program bitara tahunan INTAN bermula tahun 2013, yang direka untuk memberi peluang kepada peserta memahami lebih mendalam topik-topik utama teknologi terkini. Wadah ini memberi manfaat kepada peserta dari sektor awam dan swasta serta pengamal ICT mendengar maklumat dari penceramah-penceramah yang terkenal. Para penceramah terdiri daripada ketua jabatan sektor kerajaan yang berbicara mengenai inisiatif IT terkini; para akademik dari universiti yang berkongsi penyelidikan dan pembangunan terbaru; dan pengamal industri IT terbesar dari dalam dan luar negara yang berbincang mengenai cabaran pelaksanaan teknologi terkini, cara menanganinya serta amalan terbaik. Peserta juga diberi peluang untuk mengalami sendiri teknologi state-of-the-art semasa acara kemuncak program serta mendapat perspektif lebih baik dari organisasi IT terkemuka yang dihimpunkan dalam ruang pameran IT.


Para hadirin DNSS ini termasuk ketua jabatan, Ketua Pegawai Maklumat, pengurus IT, pengamal IT dari sektor awam, swasta dan separuh kerajaan yang berpengalaman luas dalam menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri, syarikat-syarikat bersekutu yang berkaitan dan juga para pensyarah dan pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.


Dengan adanya himpunan pakar-pakar bidang IT yang khusus ini, DNSS merupakan suatu wadah yang harus dihadiri di mana peserta akan memperolehi sebanyak mungkin pendedahan mengenai teknologi terkini dan penyelesaian ke atas cabaran inovasi masa kini. Wadah ini juga akan membuka banyak peluang kepada para peserta untuk mendapat kenalan baru dari pelbagai industri IT dan paling penting untuk menimba lebih banyak pengetahuan melalui sesi soal jawab di akhir setiap sesi pembentangan. DNSS ialah program percuma untuk semua pegawai professional kerajaan, sektor swasta, pensyarah dan pelajar universiti.


Organisasi yang terlibat sebagai penceramah dan / atau peserta pameran terdahulu: MAMPU, United Nations University, Kementerian Kesihatan, Kumpulan Perisian IBM, Microsoft Malaysia, Oracle, Here.com, SAS, HeiTech Padu dan Xybase.


Program kemuncak terdahulu: Augmented Reality Scavenger Hunt, Interactive Augmented Reality photobooth, kereta pintar HereTrue yang dilengkapi dengan pemetaan lokasi dan cerdas.