Cetak

Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN

dpa2

 

Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN merupakan kursus pra-perkhidmatan yang dibangunkan secara komprehensif selama 10 bulan bagi tujuan pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Program DPA INTAN telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkuat kuasa pada 30 Disember 2015.

Program ini menekankan konsep pembangunan professional dan pembinaan sahsiah. Program juga adalah berlandaskan lima elemen utama iaitu, Attitude (Sikap), Skills (Kemahiran), Knowledge (Pengetahuan), Adaptability (Kebolehsesuaian) dan Resilience (Daya Tahan).


Program ini mempunyai dua bahagian utama:

 

BAHAGIAN 1: KURIKULUM

Komponen Akademik (Teori dan Praktikal)


Komponen Integrasi Nasional dan Pengukuhan Diri


Komponen Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal

 

BAHAGIAN 2: AKTIVITI KO-KURIKULUM

 


Untuk maklumat selanjutnya berkaitan program ini:

Sila hubungi:

Subkluster Pembangunan Modal Insan
Kluster Pembangunan Profesional dan Etika
INTAN Bukit Kiara