Cetak

Journal of Economics and Policy, Vol. 2, No. 1, 2017  

 

JournalEconomics min 

Berkesinambungan dengan keluaran pertama, keluaran kedua Jurnal Ekonomi dan Dasar (Journal of Economics and Policy) memaparkan artikel yang membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Ekonomi, Perniagaan, Kewangan, dan Dasar Awam.
Artikel pertama menilai prestasi ekonomi Malaysia dan mengkaji sejauh mana negara telah mendapat manfaat daripadanya. Artikel ini juga memperlihatkan dimensi unjuran pertumbuhan ekonomi melepasi tahun 2020, khususnya dari perspektif penyertaan rakyat dalam aktiviti ‘tambah-nilai’ yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Artikel kedua menganalisis kesan langsung dan tidak langsung dari aktiviti pengauditan cukai di Malaysia. Artikel ini berdasarkan kepada audit cukai perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Diraja di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Artikel ketiga menilai inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi, khususnya dalam bidang keusahawanan. Artikel ini juga menilai kepentingan peningkatan keupayaan dan potensi dalam bidang perancangan strategik, pemasaran, serta penyelidikan dan pembangunan produk.
Artikel keempat mengkaji kesan keterbukaan perdagangan dan kewangan terhadap ketidaktentuan ekonomi Malaysia. Artikel ini menggunakan data siri masa dalam menilai hubungan jangka panjang antara keterbukaan perdagangan dan kewangan dengan ketidaktentuan ekonomi Malaysia.
Artikel kelima menganalisis kualiti graduan perakaunan Malaysia dari perspektif majikan dan kesannya terhadap prestasi kerja. Kualiti siswazah diukur dalam empat dimensi, iaitu pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan ciri-ciri lain.