Cetak

Executive Leadership Assessment Programme (E-LEAP)

eleap

 

Kursus Executive Leadership Assessment Programme (E-LEAP) merupakan program penilaian yang dibangunkan secara khusus untuk Penjawat Awam dari skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Gred M48 dan Gred 44 (Fast Track) bagi tujuan mengenal pasti pegawai-pegawai yang telah memenuhi kriteria dan kompetensi yang telah ditetapkan terutama dari segi kualiti kepimpinan bagi tujuan perancangan pengisian jawatan di Gred 52.


Objektif

  1. Menilai keupayaan kepimpinan;
  2. Mengenal pegawai yang dapat memenuhi keperluan kualiti masa depan;
  3. Mengenal pasti pegawai yang mempunyai pemikiran strategik;
  4. Mengenal pasti pegawai yang mempunyai kemahiran komunikasi berkesan dan keupayaan mengambil tindakan/ mengambil kira pandangan berasaskan engagement dengan pihak berkepentingan; dan
  5. Mengenal pasti pegawai yang mempunyai integriti yang tidak dipersoalkan.


Kandungan Modul

  1. Ujian Psikometrik
  2. Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan
  3. Ujian Bahasa Inggeris
  4. Penilaian yang merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

 

Untuk maklumat berkaitan program ini, sila hubungi:

 

1. Puan Noor Asdiana Abd Kadir
    Sub Kluster Penilaian Kepimpinan
    Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif
    INTAN Bukit Kiara
    No.Tel: 03-2084 7748 
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2. Puan Norazlila Ismail
    Sub Kluster Penilaian Kepimpinan
    Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif
    INTAN Bukit Kiara
    No.Tel: 03-2084 7624
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.