KOLABORATIF STRATEGIK

Generasi dan Inovasi (Genovasi)

Generasi dan Inovasi (Genovasi) merupakan inisiatif bagi membangunkan kemahiran inovasi di kalangan belia tempatan yang membolehkan mereka meningkatkan taraf hidup dengan menjana kekayaan serta berperanan sebagai Duta Inovasi Negara. Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 5,000 Duta Inovasi Negara dapat dihasilkan dalam tempoh lima tahun.


Respon INTAN terhadap hasrat Kerajaan ini adalah dengan memperkenalkan Modul Genovasi dibawah program Innovation Ambassador Development Programme (IADP) sebagai salah satu pembaharuan di dalam Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bermula pada tahun 2013. Modul ini memfokuskan kepada pembangunan kemahiran penyelesaian masalah dunia sebenar (real world problems) melalui pendekatan structured human-centered dan pengadaptasian konsep design thinking.