PROGRAM BITARA

INTAN Leadership and Transformation Summit

ilts7

 

Program INTAN Leadership Summit adalah program tahunan yang dianjurkan oleh INTAN Bukit Kiara dengan menjemput seorang guru kepimpinan dan pengurusan yang berpengaruh dan bertaraf antarabangsa serta dua orang pemimpin sektor awam dan swasta untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan idea mereka dengan kepimpinan peringkat tertinggi dan pertengahan sektor awam Malaysia. Bermula sebagai INTAN-Harvard Colloquium pada tahun 2008, program ini telah melalui beberapa evolusi dan penambahbaikan dengan pelbagai tema yang relevan dengan isu-isu kepemimpinan dan pengurusan semasa di peringkat global dan nasional.


Objektif utama program ini adalah seperti berikut:

a) Mendedahkan peserta kepada trend dan kompetensi kepimpinan yang terkini;
b) Menerapkan amalan kepimpinan terbaik untuk diaplikasikan di organisasi masing-masing;
c) Menyuntik idea-idea baharu bagi memperkasa proses di organisasi masing-masing;
d) Menyebarluas pelaksanaan agenda transformasi perkhidmatan awam kepada rakyat; dan
e) Meluas dan mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan para peserta.

 

Program ini merangkumi dua komponen utama iaitu Leadership Premiere Talk dan Leadership Forum.

Pelaksanaan program ini dijangka memberi impak dan keberhasilan berganda (multiplier effects) kepada agenda transformasi perkhidmatan awam melalui pengetahuan, pengalaman dan idea yang dikongsikan bersama oleh guru kepimpinan dan pengurusan jemputan dengan kepimpinan sektor awam di peringkat tertinggi dan pertengahan.


Secara khusus, program ini adalah selaras dengan Teras Strategik 1 Kerangka Transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam: ‘Mendaya Upaya Bakat’ dan ianya diharapkan memberi impak dan keberhasilan kepada peserta dari aspek:

a. Mempelajari trend dan kompetensi kepimpinan yang terkini dan bertaraf antarabangsa;
b. Mengaplikasikan trend dan kompetensi tersebut dalam menjayakan usaha-usaha transformasi dalam sektor awam; dan
c. Menterjemahkan ilmu yang dipelajari dalam konteks sektor awam Malaysia untuk disampaikan kepada rakan penjawat awam yang lain di organisasi masing-masing.


Penceramah : Guru Kepimpinan dan Pengurusan Terkemuka Dunia
                           2014. Prof Dave Ulrich
                           2015. Jack Canfield
                           2016. Prof. Manfred Kets de Vries

Tempat :           INTAN Bukit Kiara

 

Untuk maklumat selanjutnya berkaitan program ini, sila hubungi:

Encik Md Yazit bin Hashim
Kluster Kempimpinan dan Pembangunan Eksekutif
INTAN Bukit Kiara
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.