INTAN Management Journal Vol.13, No.1, 2016

 

INTAN MANAGEMENT JOURNAL min 

Perkhidmatan awam menggalas tanggungjawab penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas dan peralihan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju berpendapatan tinggi. Dalam penerbitan pada kali ini, INTAN Management Journal Vol.13, No.1, 2016 membawakan kepada para pembaca sebanyak tujuh (7) buah artikel yang membawa tema pemindahan pengetahuan, penguasaan Bahasa Inggeris, penyampaian perkhidmatan dan penggunaan media sosial dalam memperkasa perkhidmatan kepada rakyat. Edisi ini diharap dapat menawarkan perkongsian ilmu dan kemahiran, untuk meningkatkan standard penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat dan negara.