Cetak

Introspeksi Minda: Tadbir Urus Baharu Membuka Paradigma

 

INTROSPEKSI MINDA min 

Introspeksi Minda: Tadbir Urus Baharu Membuka Paradigma merupakan sebuah naskhah yang merangkumi lapan (8) artikel yang membahaskan isu-isu kritikal tadbir urus yang meliputi tiga spektrum utama iaitu bakat dan organisasi; ekonomi dan perdagangan; serta sosial, persekitaran dan perbandaran. Artikel-artikel oleh para Felo Penyelidik Kanan INTAN ini turut memberi saranan strategik yang boleh dipelajari, diaplikasi mahupun diadaptasi dalam melonjakkan kapabiliti penyampaian perkhidmatan awam yang berfokuskan kepentingan rakyat. Naskhah ini juga menawarkan perspektif baharu kepada penjawat awam dalam memahami kehendak stakeholder, memberi nilai tambah kepada perkhidmatan, sekali gus menganjak prestasi penyampaian perkhidmatan awam melangkaui jangkaan rakyat.