KOLABORATIF STRATEGIK

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

INTAN telah bekerjasama dengan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memberikan latihan di bawah komponen pengukuhan diri kepada peserta Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN. Objektif pengisian Modul Pengurusan Bencana (BOMBA) adalah untuk membentuk pegawai PTD muda yang berpengetahuan serta memiliki aspek kemahiran yang tinggi dalam menguruskan situasi bencana dengan menggunakan kaedah yang terbaik dan mampu mengurangkan impak bencana.


Modul ini juga bertujuan untuk memperkenalkan dasar dan mekanisme dalam menentukan peranan dan tanggung jawab semua agensi terlibat ketika bencana melanda. Peserta akan diberikan pendedahan tentang fungsi dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia disamping mendedahkan peserta tentang teori, demonstrasi dan praktikal berkaitan pengurusan bencana.