Cetak

Joint Seminar and Games for Public Sector Leaders of Malaysia and Singapore (PS)

 perm4-min

 

Joint Seminar and Games for Permanent Secretaries of Malaysia and Singapore (PermSec) merupakan acara tahunan yang dilaksanakan secara bergilir-gilir di antara Malaysia dan Singapura. Anggota delegasi bagi program ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Malaysia dan Permanent Secretaries Singapura atau setaraf. Program ini dilaksanakan secara kerjasama antara MAKSAK-JPM, INTAN dan PUSPANITA serta Public Service Division (PSD) dan Civil Service College, Singapura. Pengisian utama program meliputi seminar dan sukan melibatkan delegasi kedua-dua buah negara.

Program ini dilaksana untuk mewujud dan mengekalkan jaringan perhubungan yang baik di antara pemimpin sektor awam Malaysia dan Singapura; menyediakan platform perkongsian pengetahuan, pengalaman serta percambahan idea-idea baharu berhubung penyampaian perkhidmatan sektor awam kedua-dua negara; dan memberi peluang kepada pemimpin sektor awam kedua-dua buah negara berbincang dalam suasana tidak rasmi berhubung isu-isu semasa sektor awam masing-masing.

 

 

Untuk maklumat selanjutnya berkaitan program ini, sila hubungi :

 

1. En. Mohamad Nazrul bin Aziz
    Unit Penyelarasan, Strategik dan Antarabangsa
    Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif
    INTAN Bukit Kiara
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

2. En. Md. Yazit bin Hasim
    Unit Penyelarasan, Strategik dan Antarabangsa
    Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif
    INTAN Bukit Kiara
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.