Jurnal Penyelidikan INTAN Jilid 2, Bilangan 1/2016

 

JURNAL PENYELIDIKAN INTAN min 

Jurnal Penyelidikan INTAN Jilid 2, Bilangan 1/2016 menghimpunkan sembilan (9) wacana akademik yang telah disumbangkan oleh para pegawai awam daripada pelbagai spektrum tugas dan aparatus institusi dengan menggarap bidang-bidang fokus yang digariskan di bawah Bab 3 (Memperkukuh Inklusiviti ke arah Masyarakat Saksama) dan Bab 9 (Mentransformasi Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti), Rancangan Malaysia Kesebelas. Menyahuti aspirasi inklusiviti, tiga artikel telah mengungkapkan strategi penggemblengan semangat kesukarelawanan, pemerkasaan ekonomi golongan wanita dan mendaya upaya warga emas. Manakala sebanyak enam artikel lagi dapat dikelompokkan ke dalam enklaf transformasi perkhidmatan awam yang meliputi pelaksanaan latihan, pengukuhan kompetensi, kepentingan tadbir urus cemerlang, pemantapan nilai murni, pengukuhan patriotisme dan persediaan persaraan.