KLUSTER

Kluster Pembangunan Profesional dan Etika

Mengenai Kami

etikaKluster PROFESIONAL berperanan membangunkan modul dan melaksanakan program berkaitan amalan nilai dan etika serta semangat patriotisme untuk penjawat awam. Selain itu, Kluster ini juga berperanan membangunkan modul dan menjalankan penilaian kepada bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta PTD yang sedang berkhidmat menerusi pelaksanaan dan penilaian latihan yang komprehensif dan menyeluruh.

Ilmu dan kemahiran berkaitan nilai, etika dan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam serta pembangunan kompetensi PTD amat signifikan bagi melahirkan penjawat awam yang berintegriti, berakauntabiliti dan berketerampilan.

Kluster ini terdiri daripada tiga sub kluster iaitu:
  • Subkluster Pembangunan Profesional
  • Subkluster Pembangunan Modal Insan
  • Unit Perundingan & Kaunseling
  • Unit Pentadbiran & Keurussetiaan Latihan
 

Seminar/Kursus Yang Ditawarkan

BIL.

KURSUS

1 Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA)
2 Kursus Negaraku
3 Kursus Penghayatan Peraturan Penjawat Awam
4 Kursus Pemantapan Pengurusan Tatatertib Penjawat Awam
5 Kursus Pemantapan Intergriti Perkhidmatan Awam
6 Kursus SMART Integrity
7 Kursus Transformasi Pengurusan & Kepimpinan Islam
8 Kursus Kaunseling dalam Perkhidmatan Awam
9 Kursus Pengurusan Psikologi bagi Pengurus Sumber Manusia
10 Kursus Emotional, Spiritual Intelligence
11 Kursus Psikologi dan Minda Beretika
12 Kursus Profesionalisme Diri Unggul
13 Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa
14 Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa
15 Junior Executive Leadership Assessment Programme (J-LEAP)

 

BIL.

SEMINAR/WACANA/BICARA/PROGRAM BITARA

1 Seminar Indeks Syariah Malaysia
2 Seminar Kelestarian Keselamatan Negara
3 Karnival Patriotisme

Kolaborasi Strategik

BIL. PROGRAM AHLI KOLABORASI
1 Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN
  • Strategic Partnership Program (SPP)
    Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Modul Pengurusan Ketenteraman Awam
    Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • Modul Pertahanan Negara dan Pengurusan Bencana
    Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    Majlis Keselamatan Negara (MKN)
    Jabatan Bomba dan Penyelamat
    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Modul Outward Bound School
  • Modul Negaraku
    Biro Tatanegara (BTN)
    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)
    1M4U
  • Modul International Relations and Security
    Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri
2 Modul Negaraku: Tanah Tumpah Darahku.
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • Biro Tatanegara (BTN)
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
3 Kursus Munsyi Muda Bahasa
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
4 Seminar Indeks Syariah Malaysia
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA)

Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN merupakan kursus pra-perkhidmatan yang dibangunkan secara komprehensif selama 10 bulan bertujuan pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).


Modul Negaraku: Tanah Tumpah Darahku

INTAN menyahut seruan kerajaan untuk memacu inisiatif ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia. Sehubungan itu, INTAN menjemput agensi-agensi ini berkongsi mengenai tindakan dan usaha agensi kerajaan terhadap isu-isu keselamatan negara dan cabaran sebagai penjawat awam serta menyuntik semangat patriotik melalui aspirasi ‘Negaraku’.


Kursus Munsyi Muda Bahasa

Kursus Munsyi Muda Bahasa terdiri daripada dua kursus iaitu Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa dan Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa. Kursus ini bertujuan membina Munsyi Muda Bahasa di setiap Jabatan/Kementerian dengan memberi latihan kebahasaan secara formal seterusnya melahirkan Munsyi Muda Bahasa yang berketerampilan dan cekap.


Seminar Indeks Syariah Malaysia

Seminar ini bertujuan memberikan pencerahan serta kefahaman tentang pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia (ISM) di jabatan/kementerian masing-masing serta menjadi platform pertukaran idea dan perkongsian ilmu mengenai ISM. Kursus Transformasi Pengurusan Islam (KTPI) merupakan kesinambungan dari seminar ini dan salah satu modul di dalam kursus tersebut menerapkan ISM ini supaya dapat meluaskan lagi pendedahan dan kefahaman di kalangan penjawat awam.

Hubungi Kami

Ketua Kluster
Kluster Pembangunan Profesional dan Etika
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2084 7332
Faks: 03-2093 5478