KAMPUS

Kampus Wilayah Selatan (IKWAS)

Mengenai Kami

ikwas

Dibangunkan di antara laluan utama ke pekan Ayer Hitam dan ke bandar Kluang, IKWAS berdiri megah sebagai sebuah kampus INTAN di Wilayah Selatan. Dari ladang getah seluas 20.24 hektar, tanah ini diteroka setelah timbulnya inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak Institut Latihan Awam (ILA) yang akan melahirkan penjawat awam yang berprestasi tinggi.

IKWAS telah siap dibina pada 31 Januari 1983 dan dirasmikan pada 18 April 1984 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan negeri Johor Darul Ta’zim. Dilengkapi dengan Blok Pentadbiran dan Blok Domestik pada awal penubuhan, IKWAS memulakan peranan sebagai tulang belakang Kerajaan dalam memberikan latihan kepada penjawat awam di Wilayah Selatan yang terdiri daripada negeri Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Setelah hampir sedekad mengorak langkah, bangunan IKWAS telah ditambah dengan pembinaan Blok Akademik dan Desa Eksekutif bagi menampung keperluan dan permintaan pada masa tersebut. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 14 Januari 2002.

Pada masa kini, melalui transformasi yang sedang giat memenuhi ruang dalam perkhidmatan awam, IKWAS telah melalui satu perubahan selaras dengan agenda Kerajaan agar INTAN memberikan fokus kepada pembangunan modal indan sektor awam yang berteraskan keusahawanan, bertindak cepat, berintegriti, dan peka kepada keperluan rakyat.

Kepakaran

Selain daripada menawarkan kursus-kursus jenerik kepada penjawat awam, IKWAS sebagai kampus INTAN di Wilayah Selatan merupakan Pusat Kecemerlangan bagi Pembangunan Komuniti dan Libat Urus. Perancangan dan pelaksanaan program-program berbentuk kepimpinan dan libat urus melalui seminar, bicara eksekutif, wacana pemimpin, forum dan persidangan telah dijalankan bagi menyokong IKWAS dalam menjayakan misi sebagai Pusat Kecemerlangan Kepakaran Pembangunan Komuniti dan Libat Urus.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus Bitara
  • IKWAS Ministerial Talk
  • IKWAS Executive Talk
  • IKWAS Luncheon Talk

Kursus melibatkan Core-Business IKWAS – PKE
  • Kursus Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti
  • Kursus Penyeliaan Berkesan
  • Kursus Kepimpinan Transformatif dan Pengurusan Strategik

Kursus-Kursus Jenerik
  • Kursus Pembudayaan Etos Dalam Perkhidmatan Awam
  • Kursus Pengurusan Pelanggan Cemerlang
  • Kursus Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja (Mpk & Fm)
  • Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa)
  • Kursus Kumpulan Kreatif Dan Inovatif (Kik)
  • Bengkel Tadbir Urus Fail Dan Rekod
  • Kursus Pemantapan Penulisan Surat Dan Memo Berkualiti
  • Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkesan Dan Penulisan Minit Mesyuarat Berkualiti
  • Bengkel Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender
  • Bengkel Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Sebutharga
  • Kursus Asas Pengurusan Kewangan Kerajaan
  • Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan
  • Kursus Pengurusan Stor Kerajaan
  • Kursus Pengukuhan Pasukan
  • Kursus Perkhidmatan
  • Kursus Perhubungan Awam Dan Komunikasi Berkesan
  • Kursus Pengurusan Dan Pengacaraan Majlis
  • Kursus Pemandu Cemerlang
  • Kursus Asas Protokol Dan Etiket Sosial
  • Bengkel Pemantapan Integriti Sektor Awam
  • Bengkel Sistem Pengurusan Aset (Spa) Dan Sistem Pengurusan Stor (Sps)
  • Bengkel Penyediaan Bajet (Obb)
  • Kursus Perundingan Berkesan

Fasiliti

Sukan & Rekreasi

Gym1 Gym2
Gimnasium dibuka selepas waktu pejabat dari jam 5.00 petang – 7.00 malam dan bergantung kepada permintaan.

Gelanggang Sukan

ParCouch2
Trek Senaman

Dewan\Bilik Mesyuarat\Bilik Kuliah

DewanJemerlang1 
Dewan Jemerlang | Kapasiti 500 orang
DewanSeriDelima1 
Dewan Seri Delima | Kapasiti 70 orang
 DewanSeriIntan2
Dewan Seri Intan | Kapasiti 100 orang
 DewanSeriPermata1
Dewan Seri Permata | Kapasiti 70 orang

 
Bilik Kuliah Beringin 
Bilik Beringin | Kapasiti 30 orang
Bilik Kuliah JenerikJelawai
Bilik Jenerik Jelawai | Kapasiti 40 orang


 BilikCengal1
Bilik Cengal | Kapasiti 20 orang
BilikMesyuaratSeriMutiara3
Bilik Seri Mutiara | Kapasiti 25 orang
  SeriBerlian1
Bilik Seri Belian | Kapasiti 40 orang


MakmalSepetir1 MakmalSepetir2
Makmal Komputer | Kapasiti i) Makmal Jati 20 orang ii) Makmal Sepetir 40 orang

Pusat Sumber

Perpustakaan1 Perpustakaan2
Perpustakaan3Perpustakaan dibuka dari jam 8.00 pagi – 5.00 ptg (mengikut waktu urusan pejabat)

Surau

SurauAnNur1 SurauAnNur3

Penginapan

Bilik Penginapan



AnjungSelera1
Anjung Selera | Kapasiti 100 orang
DewanMenasi1 
Dewan Menasi | Kapasiti 200 orang
 DewanMenasi 
Dewan Menasi

Hubungi Kami

Pengarah Wilayah

INTAN Wilayah Selatan (IKWAS)
KM 3, Jalan Batu Pahat
Peti Surat 141
86007 Kluang
Johor
Tel: 07-778 2500
Faks: 07-772 5661


Klik pada koordinat (2.014888,103.293666)

Pelan Lokasi


pelanikwas