KLUSTER

Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi

Mengenai Kami

intengahKluster Pengajian Pembangunan Pengurusan Dan Inovasi yang terletak di Jalan Elmu merupakan salah satu daripada lapan Kluster yang terdapat di INTAN. Kluster ini dahulunya dikenali sebagai INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) Mendepani realiti baharu perkhidmatan awam, maka kluster ini telah diberi peranan untuk melaksana program-program latihan dan pembelajaran yang berimpak tinggi dengan menfokuskan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang komunikasi, bahasa, pengurusan sumber manusia, kreativiti dan inovasi.

Pengukuhan peranan kluster ini juga ditumpukan kepada penerbitan, khidmat perundingan yang berkualiti, serta urusetia induk kepada majlis-majlis penting seperti Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) dan Konvensyen KIK peringkat kebangsaan. Tanggungjawab menggalas peranan ini diletakkan kepada tiga subkluster iaitu:
 
  • Subkluster Inovasi Perkhidmatan Awam
  • Subkluster Pembangunan Pengurusan
  • Subkluster Komunikasi, Bahasa dan Perundingan

Seminar/Kursus Yang Ditawarkan

 

BIL.

KURSUS

1 Strategi Meningkatkan Kreativiti 
2 Memacu Transformasi Melalui Kreativiti 
3 Protocol and Social Etiquette: Are We Doing It Right?
4 Negotiation : Winning Strategies
5 Protocol and Social Ettiquette : Event Management  
6 Persembahan Berimpak Tinggi
7 Power Up Your English Series : Successful Rapporteuring
8 Power Up Your English Series : Writing Winning Speeches 
9 Kursus Bahasa Mandarin untuk Khidmat Pelanggan 
10 Kursus Mandarin untuk Interaksi Harian 
11 Perancangan Sumber Manusia Sektor Awam 
12 Management Diagnostic Tools 

Hubungi Kami

Ketua Kluster
Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi
Insitut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Elmu 59100
Kuala Lumpur

Tel:03-7966 1516
Faks: 03-2084 7808