KAMPUS

Kampus Wilayah Utara (INTURA)

Mengenai Kami


pintu utama intura
Pintu utama yang melambangkan imej keterbukaan dan mesra pelanggan.

Kampus INTAN Wilayah Utara atau lebih dikenali sebagai INTURA, mula beroperasi di Sungai Petani Kedah pada tahun 1983. Selaras dengan slogan ‘Memacu Transformasi Melalui Pembelajaran’, INTURA menggalas tanggungjawab membangunkan modal insan perkhidmatan awam dengan memberi latihan yang berkualiti dan berkesan dalam pelbagai bidang seperti pengukuhan pasukan, penyampaian perkhidmatan, pengurusan kualiti dan produktiviti serta pengurusan kewangan.
 
Dalam mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, pembangunan modal insan perkhidmatan awam telah menjadi agenda penting negara. Ini adalah kerana perkhidmatan awam terpaksa menghadapi pelbagai cabaran baharu yang lebih kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Melihat kepada fenomena ini, wujud keperluan terhadap program pengukuhan pasukan yang didapati berupaya mengharmoni matlamat ahli dengan matlamat organisasi bagi membuahkan hasil yang optimum dan berkesan.
 
Selaras dengan keperluan terhadap program pengukuhan pasukan, INTURA telah dipilih dalam kalangan lima kampus wilayah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pengukuhan Pasukan. Sehubungan dengan itu, INTURA menganjurkan dua kursus utama iaitu Kursus Pengukuhan Pasukan dan Kursus Kepimpinan Pasukan. Kedua-dua kursus ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan berkualiti, komunikasi berkesan, pemikiran kreatif dan kerjasama berpasukan dalam setiap aktiviti.
 

Bidang Kepakaran

PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Pepatah Melayu di atas memberi gambaran betapa pentingnya kekuatan kerja berpasukan. Ini adalah kerana setiap individu dalam satu pasukan mempunyai kompetensi yang berbeza dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Jika kompetensi ini diharmonikan, sebuah pasukan yang jitu dan kuat dapat dibentuk dan pastinya pasukan tersebut mampu menghadapi sebarang bentuk cabaran yang mendatang.
 
Menyedari tentang kepentingan kerja berpasukan, INTURA telah dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Pengukuhan Pasukan. Unit Pengukuhan Pasukan, INTURA diberi tanggungjawab untuk menganjurkan program-program yang menekankan semangat ‘camaraderie’ dan menepati objektif yang berikut:

 

  • Membina jaringan kerjasama yang erat
  • Mempertingkatkan persefahaman, sikap saling menghormati dan semangat setia kawan
  • Memahami peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk mencapai kecemerlangan organisasi
  • Memahami kepentingan berkomunikasi secara berkesan
  • Memperkukuhkan koordinasi, kerjasama dan perhubungan dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif

Penganjuran program-program ini melibatkan aktiviti luar bilik kuliah yang sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko. Bagi memastikan keselamatan fasilitator dan peserta berada pada tahap maksimum, setiap fasilitator dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran berkaitan pertolongan cemas, menyelamat dan pengendalian aktiviti luar. Pada masa ini, INTURA mempunyai 20 orang fasilitator yang bertauliah bagi mengendalikan aktiviti pengukuhan pasukan.


Kursus Yang Ditawarkan

Di bawah bidang Pengukuhan Pasukan, INTURA menganjurkan dua kursus utama iaitu Kursus Pengukuhan Pasukan dan Kursus Kepimpinan Pasukan. Kedua-dua kursus ini menggunakan pendekatan pembelajaran berdasarkan pengalaman dan pembelajaran luar bilik kuliah, melibatkan empat jenis aktiviti iaitu:
 
Unlocking Silo: Aktiviti eksplorasi diri dan pembentukan kumpulan.
Sinergi Kumpulan: Aktiviti permainan pengukuhan pasukan
Cabaran Ikhtiar Hidup: Aktiviti berasaskan ikhtiar hidup seperti perkhemahan, kembara atau berakit
Cabaran iLead-Park: Aktiviti rentas halangan secara berpasukan
 
Selain itu, INTURA mengendalikan beberapa kursus generik berkaitan penyampaian perkhidmatan, pengurusan kualiti dan produktiviti serta pengurusan kewangan. Antara kursus-kursus yang dianjurkan ialah:

  • Kursus Penyeliaan Berkesan
  • Kursus Komunikasi dan Persembahan Berkesan
  • Kursus Pengurusan Tatatertib
  • Kursus Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  • Bengkel Pengendalian Buku Rekod Perkhidmatan
  • Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis
  • Kursus Kreativiti di Tempat Kerja
  • Kursus Pemikiran Kreatif
  • Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
  • Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan
  • Kursus Pengurusan Stor Kerajaan
  • Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan
INTURA turut menganjurkan Program Transformasi Minda yang merupakan kursus mandatori bagi tujuan pengesahan jawatan penjawat awam.

Fasiliti

INTAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PARK (iLEAD-PARK)

1DewanRasak 2dewanRahman
3DewanJubli 4DewanHussein
INTAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PARK (iLEAD-PARK) dirasmikan pada 27 Februari 2014 oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Objektif utama pembinaan iLEAD-PARK adalah untuk membangunkan kompetensi penjawat awam dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menjadi pemimpin yang transformatif.

InCUBE @ iLEAD-PARK

InCube1 min DangleDuo min
  The Dangle Duo


ViaFerrata min Abseiling min
The Via Ferrata The Abseiling

Sukan & Rekreasi

Dewan\Bilik Mesyuarat\Bilik Kuliah
Dewan
1DewanRasak Dewan Rahman min
Dewan Razak | Kapasiti: 60 orang Dewan Rahman | Kapasiti: 80 orang
3DewanJubli 4DewanHussein
Dewan Jubli Perak | Kapasiti: 200 orang Dewan Hussein | Kapasiti: 100 orang

Bilik Kuliah
Siddiq BilikAlAffan min
Bilik As-Siddiq | Kapasiti: 60 orang Bilik Al-Affan | Kapasiti: 40 orang


al khattab
Bilik Al-Khattab | Kapasiti: 35 orang

mesyuarat1
Bilik Mesyuarat Bestari  | Kapasiti: 30 orang

makmal

2 Makmal Komputer | Kapasiti: 35 orang
Pusat Sumber
psumber intura
Pusat Sumber Maklumat dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Kedai Serbaneka (KESKI)

 keskiKedai Serbaneka KESKI dibuka pada hari bekerja dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi
dan 12.45 tengah hari hingga 1.45 petang.

Surau


surauSurau Al-Falah

Dewan Makan

 pancarasa  AnjungRasa  nadwa
Dewan Makan Pancarasa  Dewan Makan Anjung Rasa Balai An-Nadwah
Penginapan



Hubungi Kami

Pengarah Wilayah
INTAN Wilayah Utara (INTURA)
Jalan Kuala Ketil,
Peti Surat 94,
08007 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel: 04-4218 321 (201/202)
Faks: 04-421 4489

Klik pada koordinat (5.626110,100.528888)
Pelan Lokasi
Pelan Lokasi INTURA