KLUSTER

Kluster Pembangunan Kepakaran

Mengenai Kami

kepakaran
Kluster Pembangunan Kepakaran (KPK) adalah merupakan salah satu kluster daripada 8 Kluster yang terdapat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara. Kluster ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan diketuai oleh seorang Ketua Kluster.

KPK merangkumi dua (2) sub-kluster iaitu Pengajian Lanjutan serta Pembangunan Latihan dan Pengurusan Kepakaran. KPK berperanan untuk membangunkan kepakaran sumber manusia di INTAN dan Institut Latihan Awam (ILA) bagi tujuan melahirkan jurulatih yang kompeten dalam menyediakan program pembelajaran yang berkualiti dan berimpak tinggi ke arah menjadikan INTAN dan ILA sebagai institusi pembelajaran sektor awam yang unggul.

Seminar/Kursus Yang Ditawarkan

KPK menawarkan beberapa kursus bagi meningkatkan potensi dan kompetensi pegawai seperti berikut:

  • Bengkel Train The Trainer bagi Jurulatih;
  • Bengkel Learning Need Analysis bagi Pengurus Latihan dan Jurulatih;
  • Bengkel Group Synergizers bagi jurulatih;
  • Kursus Effective Training Design bagi Jurulatih; dan
  • Kursus Measuring Training Outcomes untuk Pengurus Latihan dan Jurulatih
 
KPK juga menawarkan kursus mandatori iaitu Kursus Persediaan Ijazah Sarjana/Kedoktoran bagi pegawai yang telah berjaya memperolehi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Tempoh Kursus Persediaan Ijazah PhD adalah selama tiga (3) minggu manakala Kursus Persediaan Sarjana adalah selama dua (2) minggu.
Program Flagship KPK bagi meningkatkan jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu dengan jurulatih-jurulatih di pelbagai Institut Latihan Awam di Malaysia adalah Public Sector Trainers Meet Trainers (PSTMT). Program ini menampilkan pakar-pakar dalam bidang Learning & Development dan kepakaran kejurulatihan.

Hubungi Kami

Ketua Kluster
Kluster Pembangunan Kepakaran
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2084 7613
Faks: 03-2093 4135
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.