KAMPUS

Kampus INTAN Sabah

Mengenai Kami

INTAN Sabah

INTAN Kampus Sabah telah dirasmikan dengan penuh gemilang pada tanggal 16 September 2010 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, sinonim dengan tarikh penubuhan Malaysia.

INTAN Sabah ditubuhkan pada 15 Jun 2001 dan memulakan operasinya di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu. Pembinaan Kampus utama INTAN Sabah di atas tanah seluas 80 ekar dan mula beroperasi pada 09 Disember 2008.

Kampus ini direka bentuk dengan mengambil kira elemen-elemen seperti mesra pelanggan, mengekalkan keindahan alam semulajadi dan menerapkan seni bina tempatan. Ia mempunyai lima (5) komponen utama iaitu Blok Pentadbiran dan Akademik, Surau, Asrama Penginapan, Kemudahan Riadah dan Kuarters. Kesemua bangunan utama dihubungkan di antara satu sama lain untuk memudahkan pergerakan warga INTAN Sabah dan juga para peserta kursus.

Kepakaran

Selaras dengan penjenamaan semula INTAN Malaysia, kampus-kampus wilayah telah dijadikan sebagai Pusat-Pusat Kecemerlangan (Center of Exellence - COE) bagi bidang-bidang yang telah dikenalpasti. INTAN Sabah telah dijadikan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan Persekitaran Pejabat. Pembangunan pusat kepakaran yang baru ini bertujuan untuk membantu jabatan dan agensi Kerajaan , dalam menyumbang kepada proses transformasi & penambahbaikan terhadap pengurusan organisasi yang memberi keutamaan dalam aspek tadbir urus terbaik. Pengurusan organisasi yang berkualiti, cekap, berkesan dan konsisten ini akan memberi nilai tambah kepada imej korporat sesebuah organisasi dan sekaligus memberi impak yang positif terhadap penyampaian perkhidmatan organisasi kepada pelanggan.

INTAN Kampus Sabah menawarkan pelbagai jenis kursus kearah meningkatkan tahap kompetensi penjawat awam seperti kursus berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, kepimpinan, pengurusan kualiti dan teknologi maklumat. Disamping itu, INTAN Kampus Sabah juga memberikan perkhidmatan konsultasi, khidmat nasihat, penyelidikan serta penganjuran program seminar dan bicara eksekutif.

Kursus-kursus yang ditawarkan di INTAN Kampus Sabah adalah untuk jangka masa pendek iaitu selama tiga hingga lima hari sahaja. Sasaran utama peserta adalah terdiri daripada penjawat awam perkhimatan negeri dan persekutuan terutamanya yang bertugas di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kursus Yang Ditawarkan

Antara kursus yang ditawarkan di INTAN Sabah adalah seperti berikut:

  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam
  • Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam
  • Pengurusan Lean
  • Pemantapan Pentadbiran Pejabat
  • Pengurusan Aset Kerajaan
  • Penyeliaan & Kepimpinan

Fasiliti

Sukan & Rekreasi


PUSAT SUKAN INTAN SABAH
Pusat Sukan INTAN Sabah telah ditubuhkan semenjak INTAN Sabah mempunyai bangunan dan kawasan sendiri iaitu pada tahun 2008. Pusat Sukan INTAN Sabah menyediakan kemudahan yang lengkap bagi memberikan peluang kepada para peserta kursus dan juga kakitangan INTAN Sabah untuk melakukan aktiviti riadah. Antara kemudahan sukan yang disediakan adalah seperti berikut:-

Kemudahan Sukan Kuantiti 
 1. Padang Bolasepak 1
 2. Gelanggang Futsal 1
 3. Gelanggang Bola Tampar 1
 4. Gelanggang Bola Jaring 1
 5. Gelanggang Sepak Takraw  1
 6. Gelanggan Badminton 3
 7. Gelanggang Tenis 1
 8. Gimnasium 1
 9. Kayak 25

GIMNASIUM

Pusat Kecergasan ataupun Gimnasium INTAN Sabah terletak di Tingkat 2, Asrama Kinabalu. Gimnasium ini dilengkapi dengan peralatan-peralatan kecergasan asas seperti dumb bell, bar bell, exercycle, yoga mat dan lain-lain lagi. Pusat kecergasan ini boleh memuatkan 20 orang pada satu-satu masa.

Pusat ini beroperasi setiap hari Isnin sehingga Jumaat bermula pukul 8 pagi sehingga 9 malam (bergantung kepada permintaan).

- Isnin, Rabu dan Jumaat untuk kegunaan lelaki. 
- Selasa dan Khamis dikhaskan untuk kegunaan wanita.

Dewan\Bilik Mesyuarat\Bilik Kuliah

auditoriumAuditorium Tun Datu Mustapha | Kapasiti: 357 orang

BilikKuliahBilik Kuliah Cendana 1-4 | Kapasiti: 50 orang

BilikKuliah2
Bilik Kuliah Cendana 5-6 | Kapasiti: 50 orang

hallDewan Mengkabong | Kapasiti: 250 orang

bilikmesyuaratBilik Mesyuarat Seraya | Kapasiti: 58 orang

blkmesyuarat2
Bilik Mesyuarat Belian | Kapasiti: 58 orang

bilikkomputerMakmal Komputer | Kapasiti: 50 orang

Pusat Sumber

perpustakaanPusat Sumber dibuka dari jam :
Isnin – Jumaat : 8 pg – 5 ptg

Surau

surauSurau Umar Al-Khattab | Kapasiti: 100 orang

Dewan Makan

dewanmakanDewan Makan | Kapasiti: 300 orang

Kafetaria

kafeKafetaria dibuka pada jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang
Kapasiti : 50 orang

Kedai Serbaneka (KESKI)
 keskishopTerdapat juga kedai serbaneka di INTAN Sabah atau lebih dikenali sebagai KESKI.  Kedai serbaneka ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Kedai ini menjual pelbagai jenis barangan keperluan untuk kegunaan peserta kursus.

Bilik Menunggu VIP
 
VIPRoomBilik Menunggu ini dilengkapi dengan bilik air, set sofa dan ruang yang selesa dengan kapasiti muatan seramai 5 orang.

Penginapan

hostel 
Bilik Perkongsian Berkembar
hostel2 
Bilik Perseorangan

INTAN Sabah mempunyai 3 blok bangunan penginapan yang masing-masing dinamakan Asrama Kinabalu, Asrama Mesilau dan Asrama Danum yang mempunyai 151 buah bilik. Terdapat 2 jenis bilik iaitu bilik perseorangan dan bilik perkongsian berkembar. Bilik dilengkapi dengan televisyen, kipas, cerek elektrik dan lain-lain keperluan asas.

1. Blok Kinabalu terdapat 31 bilik perseorangan
2. Blok Mesilau terdapat 10 bilik perseorangan dan 43 bilik perkongsian berkembar
3. Blok Danum terdapat 67 bilik perkongsian berkembar


Hubungi Kami

Pengarah Wilayah

INTAN Sabah
Jalan Sulaman-Tuaran
Beg Berkunci 2080,
88999 Kota Kinabalu

Sabah
Tel: 088-483500/501
Faks: 088-473651



Klik pada koordinat (6.116679,116.160810)

Pelan Lokasi

PelanKampusSabah