KAMPUS

Kampus INTAN Sarawak

Mengenai Kami

DSC 0971-min

INTAN Sarawak atau dahulunya dikenali dengan panggilan INTAN Wilayah Timur Laut (INTILA) adalah INTAN kampus cawangan INTAN. INTILA, ditubuhkan hasil dari Keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Januari 1999. INTILA telah dirasmikan pelancarannya oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Ketua Setiausaha Negara di Kuching, Sarawak pada 26 Mac 1999. INTILA ditubuhkan bagi mengendalikan program-program latihan secara khusus bagi memenuhi keperluan latihan pegawai awam Persekutuan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan penubuhan Kampus INTAN Malaysia Sabah di Kota Kinabalu, maka pada 26 Mac 2001 nama INTAN Wilayah Timur Laut (INTILA) telah ditukar nama kepada INTAN Malaysia Sarawak dan keperluan latihan kakitangan awam persekutuan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diserah ke bidang kuasa INTAN Malaysia Sabah. Setelah itu, pada 09 April 2003 sekali lagi pertukaran nama dibuat, kali ini INTAN Malaysia Sarawak mula dikenali sebagai INTAN Sarawak.

INTAN Sarawak pernah beroperasi di Tingkat 17, Pejabat Setiausaha Persekutuan Jalan Simpang Tiga, Kuching sebelum berpindah ke Bangunan Sementara yang disewa di No. 37, Jalan Badrudin, Kuching. Pada masa ini, INTAN Sarawak telah berpindah ke kampus tetap iaitu di No. 2, Lot 5452, Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300 Kota Samarahan yang terletak 20 km ke timur laut dari Bandaraya Kuching.

Kepakaran

Selaras dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan keupayaan modal insan, dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan awam dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, setiap kampus wilayah INTAN telah diberikan tanggungjawab sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence – COE) dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan.

INTAN Kampus Sarawak telah diberikan peranan sebagai Pusat Kecemerlangan Barisan Hadapan (COE) mulai tahun 2013. Peranan ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan penyampaian kerajaan terutama bagi mereka yang berkhidmat di barisan hadapan dan memberikan perkhidmatan langsung kepada rakyat.

Tujuan utama adalah supaya penjawat awam diberi latihan dan pendedahan yang secukupnya khasnya kepada petugas barisan hadapan yang berurusan langsung dengan orang ramai. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan meningkat kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan penjawat awam ke tahap yang lebih cemerlang dan mempunyai kompetensi yang tinggi sebagai persiapan ke arah negara maju menjelang 2020. Antara kursus-kursus yang dijalankan adalah penghubungan pelanggan, mengurus pelanggan bermasalah, penampilan diri, dan komunikasi.

Selain daripada itu, INTAN Sarawak juga menawar kursus-kursus dalam bidang pembangunan modal insan, pengurusan kewangan serta kreativiti dan inovasi.



Kursus Yang Ditawarkan

BARISAN HADAPAN
  • Komunikasi Berkesan
  • Petugas Barisan Hadapan Yang Berkaliber
  • Kecerdasan Minda Khas Untuk Petugas Barisan Hadapan
  • Protokol & Etiket sosial
  • Menangani Kerenah Pelanggan
  • Pengurusan & Pengacaraan Majlis
  • Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan
  • Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan
  • Pengacaraan Majlis Yang Berkesan
  • Enhancing Service Delivery : English For Customer Service

PENGURUSAN PEJABAT & KEWANGAN
  • Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
  • Tatacara Pengurusan Perolehan Awam
  • Pemantapan Pengendalian Hal-Hal Perkhidmatan
  • Pengurusan Sistem Rekod Yang Berkesan
  • Pemantapan Pengurusan Kewangan Untuk Ketua Jabatab / Ketua PTJ
  • Penghayatan Peraturan-Peraturan Penjawat Awam
  • Tatacara Pengurusan Stor
  • Future Thinking & Scenario Planning (FTSP)

PEMBANGUNAN MODAL INSAN
  • Pemantapan Pengurusan Tatatertib Penjawat Awam
  • Pengukuhan Pasukan
  • Kepimpinan & Penyeliaan Berkesan
  • Pengucapan Awam
  • Kepimpinan & Pengurusan Organisasi
  • Pembangunan Diri & Motivasi
  • Imej & Ketrampilan
  • Pengurusan Masa

KREATIVITI & INOVASI
  • Berfikir Di Luar Kotak
  • Komunikasi Non Verbal
  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
  • Pemikiran Kreatif
  • Nilai, Etika & Keutuhan Dalam Perkhidmatan Awam
  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Horizon Baharu
  • Mastering Innovation Through Design Thinking
  • Kreativiti Di Tempat Kerja

 

PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

  • Improving Workflow For Data Management
  • Maximizing Power Pivot Analysis
  • Creating Fillable & Protected Form For Data Automation
  • Dashboard Reporting

Fasiliti

Sukan & Rekreasi

Gym 1 optGimnasium INTAN Sarawak dibuka dari jam 4.30 petang hingga 6.30 petang

Dewan\Bilik Mesyuarat\Bilik Kuliah


Auditorium 01-min

Auditorium | Kapasiti: 110 orang

Bilik Kuliah 02-minBilik Kuliah Kenyalang 1-5  | Kapasiti: 45 orang

Bilik Sindiket 01-minBilik Sindiket 1-5 | Kapasiti: 20 orang

B. Mesy 02-minBilik Mesyuarat 1 & 2 | Kapasiti: 40-50 orang

M Komputer 01-minMakmal Komputer 1 & 2 | Kapasiti: 35 orang

Pusat Sumber

Perpustakaan 01-minPusat Sumber INTAN Sarawak dibuka dari jam 8.00 pagi-5.00 petang

Surau

surau

Kafeteria

Kafeteria 01-minKafeteria INTAN Sarawak dibuka pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Penginapan

Hostel - Deluxe Serapi 1-min
Serapi Suite (1 bilik)

Hostel - Serapi Suite 3-min
Deluxe Serapi (2 bilik)

Hostel - Twin Sharing 1-minTwin Sharing (53 bilik)

Dwn Makan 03-min
Dewan Makan

Hubungi Kami

Pengarah Wilayah

INTAN Kampus Sarawak
No. 2, Lot 5452
Jalan Datuk Mohammad Musa
94300 KOTA SAMARAHAN
Sarawak
Tel: 082-592000
Faks: 082 - 615060



Klik pada koordinat (1.456666,110.423444)

Peta Lokasi

PELAN LOKASI