KURSUS SIGNATURE

Kursus Pensijilan IT Skills Assessment and Certification (ISAC)

Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, Penilaian Kemahiran ICT dan pensijilan (ISAC) telah terbukti menjadi alat yang berkesan untuk mengukur tahap literasi dan kemahiran ICT di kalangan kakitangan perkhidmatan awam Malaysia. ISAC membolehkan kakitangan perkhidmatan awam untuk menunjukkan kesediaan mereka untuk kemajuan teknologi terkini. ISAC juga membangunkan kompetensi kakitangan ini yang membolehkan mereka mencapai dan mengekalkan prestasi yang tinggi dan akhirnya untuk kekal relevan kepada organisasi mereka.


Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pensijilan ISAC dari agensi-agensi Kerajaan, ISAC telah melalui perubahan yang radikal pada tahun 2009. Proses pendaftaran dalam talian, penjadualan semula dan kemudahan pembatalan dengan nofikasi e-mel bersepadu disediakan untuk memudahkan proses ISAC. Teknologi simulasi juga digunakan bagi mempercepatkan proses penggredan keputusan penilaian.


Modul

Bahagian 1 - Penilaian pengetahuan yang merangkumi:

    1. Koridor Raya Multimedia (MSC)
    2. Kerajaan Elektronik
    3. Pengetahuan asas komputer dan perkembangan ICT
    4. Keselamatan ICT
    5. Desktop Productivity
    6. Internet
    7. Mel Elektronik

Bahagian 2 - Menilai kemahiran dalam:

  1. Mencari dan memperolehi maklumat menggunakan internet
  2. Menyediakan dokumen pemprosesan atau dokumen persembahan berkaitan dengan pengendalian tugas-tugas asas
  3. Berkomunikasi secara elektronik melalui emel

 

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Perunding Latihan Kanan 
Sub Kluster Aplikasi Bisnes
Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC)
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-2084 7354 / 2084 7714 / 2084 7798
Faks: 603 – 2084 7700 / 2084 7692
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.