Cetak

Kursus Pensijilan Software Testing

CTFL CTFL
CTFL CTFL

 

INTAN melaksanakan kursus pensijilan Software Testing bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai dalam Skim Teknologi Maklumat Gred 29 hingga 54 dalam bidang Software Quality Assurance dan juga sebagai satu inisiatif ke arah pencapaian ICT Excellence dalam menyokong pembangunan kerajaan digital.


Tujuan kursus-kursus ini adalah bagi mengukuhkan kedudukan negara menjadi hab pengujian perisian serantau terutama dengan pengiktirafan Perisian Kualiti (QS) di bawah pelaksanaan bersama Malaysia Software Testing Board (MSTB) yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa.


3 jenis kursus pensijilan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

    1. Certified Tester Foundation Level (CTFL) – Kursus pengujian perisian peringkat asas ini memberi pendedahan kepada asas-asas pengujian dalam kitaran pengujian perisian dan menunjukkan bagaimana ianya dapat menambah nilai kepada proses pembangunan sistem aplikasi.

    2. Certified Tester Advanced Level – Test Analyst (CTAL-TA) – Kursus ini memberi kefahaman mengenai proses-proses pengujian seperti perancangan pengujian, analisis pengujian, rekabentuk pengujian dan pelaksanaan pengujian. Juga memberi kefahaman mengenai tanggungjawab seorang penganalisa pengujian, teknik-teknik pengujian umpamanya teknik berasaskan spesifikasi, teknik-teknik berasaskan kecacatan dan teknik-teknik berasaskan pengalaman.

    3. Certified Tester Advanced Level – Test Manager (CTAL-TM) – Kursus ini memberi pendedahan kepada cara-cara pengurusan projek pengujian, cara-cara memimpin dan menyusun sesi penganalisaan risiko, cara-cara bagaimana membina dan melaksana pelan pengujian yang konsisten dengan polisi dan strategi sesebuah organisasi serta cara menilai dan membuat laporan status pengujian yang relevan dan tepat masa kepada “stakeholder” projek.


Maklumat lanjut, sila hubungi:

Dr. Azlena Binti Haron
Sub Kluster Pembangunan Kepakaran ICT
Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC)
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-2084 7749 
Faks: 603 – 2084 7700 / 2084 7692
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.