Cetak

INTAN Leadership Talk Series (iLEAD TALK)

leadership4

 

INTAN Leadership Talk Series (iLEAD TALK) merupakan seminar sehari anjuran Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif dengan menjemput penceramah jemputan daripada kalangan tokoh berwibawa untuk berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman mereka dengan para peserta. Program ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif yang menyokong Teras Strategik 1 Jabatan Perkhidmatan Awam: Mendaya Upaya Bakat.

 

Kumpulan sasar bagi program ini adalah pegawai-pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas. Jemputan peserta juga dipanjangkan kepada badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan sebagai langkah proaktif untuk meluaskan jaringan kerjasama selaras dengan Teras Strategik 4 Kerangka Transformasi INTAN iaitu ‘Memperkukuh Rangkaian Kerjasama Peringkat Tempatan dan Antarabangsa’.

Objektif utama program ini adalah:

  1. Mendedahkan peserta kepada trend & kompetensi kepimpinan terkini;
  2. Menerapkan amalan kepimpinan terbaik untuk diaplikasikan di organisasi masing-masing;
  3. Menyuntik idea-idea baharu bagi memperkasa proses transformasi di organisasi masing-masing; dan
  4. Meluas dan mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan penjawat awam serta di antara penjawat awam dan pegawai di badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan.

Penceramah : Tokoh tempatan dari agensi kerjaan dan swasta.

Penceramah iLEAD TALK (2011 - 2018):


Tempat
: INTAN Bukit Kiara

 

Untuk maklumat selanjutnya berkaitan program ini, sila hubungi:

Ketua Kluster
Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif
INTAN Bukit Kiara
Tel : 03-2084 7433
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.