Cetak

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

mstb

 

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) iaitu sebuah badan yang berperanan dalam menasihatkan Kerajaan Malaysia berkaitan undang-undang dan dasar-dasar ICT. Kolaboratif INTAN-MDEC adalah merupakan perkongsian public-private sector melalui seminar, kursus dan latihan digital. Antara seminar yang pernah dianjurkan bersama ialah National ICT Conference (NICT) pada 2009 yang seterusnya dijenamakan sebagai National Digital Conference (NDC) pada 2012 berikutan perubahan trend ICT secara global ke arah digital sehingga 2014. INTAN dan MDEC turut bekerjasama dalam Program Perintis Pembangunan Saintis Data Sektor Awam Kumpulan Pertama mulai Mei 2015 sehingga Jun 2016 iaitu program latihan dalam talian melalui portal Coursera. Sepanjang tempoh berkenaan, INTAN dan MDEC memainkan peranan dalam menyediakan latihan secara bersemuka (face-to-face) kepada peserta program. Pada 2016, kerjasama INTAN-MDEC diteruskan lagi dalam penganjuran Program Latihan Pemantapan Pembangunan Web dan Portal (LPPWP) bagi membantu agensi sektor awam dalam penilaian laman web mengikut kriteria Provider-Based Evaluation (ProBE) untuk menambahbaik ranking Malaysia dalam United Nations E-Government Survey bagi Online Services Index (OSI). Terkini, kolaboratif INTAN-MDEC diteruskan dalam penganjuran program Digital Leadership Exchange (DLE) iaitu satu platform perkongsian maklumat dan trend digital mengenai kepentingan citizen experience dalam menentukan halatuju inisiatif Kerajaan Digital.