Cetak

Malaysia Software Testing Board (MSTB)

CTFL CTFL

 

INTAN telah berkerjasama dengan Malaysia Software Testing Board (MSTB) iaitu sebuah badan profesional yang mewakili kepentingan industri dalam mempromosi Jaminan Kualiti Perisian (SQA) dan pengujian perisian. Kerjasama ini telah dijalin sejak tahun 2011 dalam usahasama melaksanakan kursus pensijilan berkaitan Pengujian Perisian dan Keperluan Kejuruteraan. Objektif utama adalah untuk melahirkan personel IT yang berkemahiran tinggi dan diiktiraf oleh peringkat antarabangsa.

Antara kursus persijilan yang telah dilaksanakan adalah Certified Tester Foundation Level (CTFL), Certified Professional Requirements Engineering (CPRE), Certified Tester Advanced Level – Test Analyst (CTAL-TA) dan Certified Tester Advanced Level – Test Manager (CTAL-TM).

 

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Dr. Azlena Binti Haron
Sub Kluster Pembangunan Kepakaran ICT
Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC)
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 6003-2084 7749
Faks: 603 – 2084 7700 / 2084 7692
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.