Cetak

Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd

microsoft

 

INTAN telah berkerjasama dengan Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd menerusi Syarikat Prestariang System Sdn. Bhd. (PSS) sejak 2006 di bawah Program Role Base Training for Civil Servants (RBTCS).

Menerusi jalinan kerjasama ini, INTAN telah dapat melaksanakan kursus-kursus untuk peningkatan produktiviti, kemahiran dan kursus peringkat pensijilan Microsoft dengan menggunakan dana Competency Enhancement Programme (CEP) di bawah kontrak pusat perolehan perisian Microsoft Licensing Agreement 2.0 (MLA 2.0).

Dengan adanya hubungan kolaboratif ini, INTAN dapat memperkukuhkan kompetensi penjawat awam supaya lebih dinamik dan berupaya menyesuaikan diri dengan kemajuan ICT terkini selari dengan matlamat nasional ke arah Kerajaan digital.