Minda Eksekutif: Koleksi Kajian Terbaik ALMP INTAN Jilid 2 Bil.1/Tahun 2016

 

MINDA EKSEKUTIF min 

Selaras dengan usaha memastikan penyampaian perkhidmatan yang profesional dan berorientasikan rakyat, Minda Eksekutif: Koleksi Kajian Terbaik ALMP INTAN Jilid 2 Bil.1/Tahun 2016 diterbitkan untuk menyebar luas penemuan-penemuan kajian mengenai isu dan pembaharuan yang telah dilaksanakan dalam perkhidmatan awam melalui garapan sembilan (9) buah artikel terbaik para peserta Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) INTAN. Penerbitan ini menawarkan kupasan isu dan penyelesaian meliputi sektor perkhidmatan sosial,  kesihatan, logistik, perumahan, kewangan, perundangan, pengurusan halal dan pertahanan awam untuk menjadi panduan kepada agensi-agensi perkhidmatan awam dalam menyemarakkan penambahbaikan kualiti dan keefisienan penyampaian perkhidmatan.