PROGRAM BITARA

INTAN PUBLIC POLICY MINISTERIAL FORUM SERIES (IPPMFS)

Transformation Conversation, Driving Change

Transformasi Perkhidmatan Awam merupakan gerakan monumental untuk merealisasikan agenda bagi memacu Malaysia memasuki liga negara maju dan berpendapatan tinggi.
Demi menjayakan misi ini, perkhidmatan awam memerlukan satu lonjakan paradigma menjangkaui sempadan pencapaian sebelumnya dan seterusnya menggapai keberhasilan berimpak tinggi.
Wajah baharu perkhidmatan awam ini memerlukan pembudayaan tadbir urus yang profesional dan pembinaan keperibadian berlandaskan prinsip dan etos kerja terpuji.

Menyedari kebersamaan tanggungjawab dan kesalingan peranan antara anggota pentadbiran dan penjawat awam, maka penganjuran INTAN Public Policy Ministerial Forum Series adalah signifikan untuk mempertemukan Anggota Pentadbiran Kerajaan bersama pengurus-pengurus sektor awam atas semangat dan falsafah bahawa pemimpin politik dan pengurus sektor awam merupakan rakan strategik penting dalam menjayakan agenda pembangunan negara.

Forum ini juga merupakan platform terbaik dalam mewacanakan perkongsian ilmu, perspektif, tafsiran dan pengalaman tokoh-tokoh dalam kepimpinan politik bersama
penjawat awam dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Menteri-menteri Kabinet yang pernah terlibat dalam wacana perkongsian ilmu semenjak tahun 2013 adalah seperti berikut:

ZambryKadir zahidTPM
shabery idris
khairy nancy
dato sri rohani dato paul
dato abdulwahid