Cetak

 Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam

persada1 min

 

Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA) merupakan acara tahunan anjuran INTAN yang diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada penjawat awam yang bergiat aktif menghasilkan projek inovasi khususnya melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di peringkat negeri dan juga kementerian. Program yang lebih dikenali sebagai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan sebelum ini, diberi nafas baharu kepada MPIPA selaras dengan iltizam Kerajaan untuk menampilkan perubahan fundamental. Strategi dan program berteraskan keberhasilan bagi menjana inovasi dan meningkatkan produktiviti.

Selain itu, majlis ini juga menampilkan inisiatif-inisiatif strategik yang baharu bagi menggalakkan perkongsian ilmu, percambahan idea serta platform bagi menanda aras amalan-amalan terbaik bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam. Pelbagai program baharu seperti Sesi Bussiness Matching, Klinik Dana, Bicara MyIPO, Masterclass, Wacana Intelektual, KIK Success Story, Sesi Innocentive@solve, Pameran Produk Inovasi Berimpak Tinggi dan beberapa lagi program berbentuk pameran yang berkaitan dengan kreativiti dan inovasi selain pertandingan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) berlangsung sepanjang penganjuran majlis.

Kemuncak kepada majlis ini ialah majlis pengiktirafan yang menyaksikan pemenang-pemenang pertandingan projek KIK menerima anugerah-anugerah seperti Anugerah Ketua Setiausaha Negara, Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Anugerah Ketua Pengarah MAMPU, Anugerah Pengarah INTAN, Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri dan Anugerah Ureka.

Penganjuran MPIPA akan terus menjadi dinamik dan INTAN komited dalam menyuntik dan menyajikan pengisian baharu yang relevan serta memberi nilai tambah sebagai usaha dalam memantapkan pembudayaan inovasi perkhidmatan awam.

 

Untuk maklumat selanjutnya berkaitan program ini, sila hubungi :

Encik Hasrizal bin Zainul
Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi
Tel: 03-7966 1561
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.