Cetak

Persidangan Digital Kebangsaan (NDC)

ndc1

 

Persidangan Digital Kebangsaan (NDC) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh INTAN dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebelum ini dikenali sebagai Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Persidangan ini menghimpunkan para penjawat awam terutamanya CIO serta pengurus ICT serta pihak swasta untuk bertukar-tukar buah fikiran, pengetahuan dan pengalaman berkaitan ICT ke arah pembangunan negara.


Penganjuran persidangan ini telah bermula pada tahun 2009 dan persidangan ini dikenali sebagai Persidangan ICT Kebangsaan (National ICT Conference). Pada tahun 2012 persidangan ini telah dikenali sebagai Persidangan Digital Kebangsaan (National Digital Conference – NDC).