Cetak

Jurnal Penyelidikan INTAN

 jurnalpenyelidikanINTAN

 

Jurnal Penyelidikan INTAN merupakan sebuah wacana akademik dalam bidang penyelidikan yang dilaksanakan oleh penjawat awam termasuk pegawai INTAN. Inisiatif penerbitan ini adalah sebagai langkah mempergiat usaha-usaha penyelidikan ke arah menyebar luas pengetahuan dan membangunkan kepakaran, selaras dengan Teras Strategik Pertama, Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam yang menekankan keperluan membangun penjawat awam yang bertenaga, berilmu, berwibawa, kompeten, inovatif dan produktif.